Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cccefalon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
[[Fail:Tawau Sabah SK-Kinabutan-01.jpg|thumbnail|260px|SK Kinabutan]]
 
'''Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar''' atau nama ringkasnya ''SK Kinabutan Besar'', merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Petibatu Surat5, 763Jalan Apas, Tawau.
 
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar memiliki 391 pelajar lelaki dan 330 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 721 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.<sup>2009</sup>
 
==Sejarah ==
Sekolah Kebangsaan Kinabutan telah diwujudkan pada tahun 1948. Sekolah ini diasaskan atas daya usaha seorang penduduk Kampung Kinabutan iaitu Allahyarham Ibong b. Gandahan. Disebabkan beliau tidak berkemampuan untuk menyekolahkan anak-anaknya ke bandar, beliau telah memohon kepada Kerajaan British agar sebuah sekolah didirikan di Kampung Kinabutan.
 
Allahyarham Ibong b. Gandahan telah membuat perjanjian dengan Kerajaan British bahawa sekiranya permohonan beliau diluluskan, beliau sanggup menyediakan tapak bangunan untuk sekolah tersebut di atas tanahnya sendiri tanpa menuntut sebarang ganti rugi.
Setahun selepas Allahyarham Ibong b. Gandahan meninggal dunia, Kerajaan British telah meluluskan permohonan beliau. Sebuah bangunan sekolah papan dan sebuah rumah guru telah didirikan pada tahun 1947 di
atas tanah beliau sendiri. Lokasinya di Batu 5 Jalan Apas kira-kira 5 km dari bandar Tawau.
 
Sempena mengambil nama Kampung Kinabutan maka Kerajaan British telah mendaftarkan sekolah ini dengan nama Government Primary School Kinabutan (G.S.P. Kinabutan). Pada tahun 1948, G.S.P. Kinabutan telah dibuka dengan rasminya. Seorang guru telah dihantar oleh Kerajaan British untuk bertugas di sekolah ini. Beliau ialah Tuan Haji Salim b. Haji Juma yang berasal dari Kampung Kinabutan Kecil, Tawau. Pada ketika itu muridnya hanya seramai 35 orang sahaja.
 
Atas kesedaran para ibu bapa tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak, maka bilangan murid-murid terus bertambah tahun demi setahun. Untuk menampung bilangan murid yang bertambah, bilangan guru juga turut ditambah.
 
==Pencapaian ==
Baris 41 ⟶ 50:
:Sabah, Malaysia
:Telefon = 6089774235
:Fax = 60897742356089755235
 
== Pautan luar ==