Datu Mustapha Datu Harun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 124.82.250.26 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Baris 44:
'''Tun Datu Mustapha Datu Harun''' ([[31 Julai]] [[1918]]-[[2 Februari]] [[1995]]) merupakan [[Yang di-Pertua Negeri]] [[Sabah]] pertama dan [[Ketua Menteri Sabah]] ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.
 
== Kehidupan dan keluarga ==
Beliau dilahirkan pada [[31 Julai]] [[1918]] di Kampung Tampakan, [[Kudat]], [[Sabah]]. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran.Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah. (sumber lisan dari adik bongsunya, Dayang Khadijah)
Beliau mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri ke-2)(sumber lisan dari anaknya, Dayang Maimunah), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin ( dari isterinya ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk),Dayang Zulfah (dari isteri berbangsa Cina),Dayang Zauyah,Dayang Rosnah,Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun ( dari isterinya orang Inggeris).