Lord Voldemort: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q176132
Nai230 (bincang | sumb.)
Baris 26:
Riddle diabaikan oleh bapanya manakala ibunya mati ketika melahirkannya. Dia dibesarkan dirumah anak yatim. Apabila dia mencecah umur 11 tahun, Dumbledore sendiri menjemputnya untuk bersekolah di [[Hogwarts]]. Walaupun masih kanak-kanak, dia kelihatan sudah mampu menguasai kebolehan dan potensinya sebagai ahli sihir. Pada masa Dumbledore berjumpa dengannya, dia mampu membuatkan haiwan patuh kepada arahannya, berkata-kata dengan ular, menyakitkan orang lain, dan dalam ayatnya, "membuat perkara buruk berlaku kepada orang yang membuatkan dia benci". Walau bagaimanapun, dia juga menunjukkan sifat zalimnya, tidak mengendahkan orang lain, kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa sihir dan kurangnya pertimbangan. Dalam masa beberapa tahun, Riddle mula menggunakan nama baru, nama yang dia tahu akan ditakuti oleh ahli sihir untuk menyebutnya: Lord Voldemort.
 
Ketika menjadi pelajar di Hogwarts, lazimnya Riddle berjaya menutup motif jahatnya. Dia mempunyai kebolehan istimewa dan pelajar yang baik, menjadi pengawas dan akhirnya Ketua Pelajar. Walaupun begitu, Dumbledore tidak pernah mempercayai dia sepenuhnya akibat pengakuan sebenar yang dilakukan oleh Riddle di hadapannya dahulu. Riddle juga mengumpiulkan sekumpulan pengikut dan di antara mereka, nama"Lord Voldemort" digunakan, iaitu sebagai anagram atau susunan semula dari namanya , Tom Marvolo Riddle, kepada "I am Lord Voldemort." (Saya Lord Voldemort). Selepas meninggalkan Hogwarts, dia cuba untuk mengabaikan nama sebenarnya dan menggunakan nama baru itu secara terbuka. Ketika Riddle masih di Hogwarts, dia dikelilingi oleh rakan [[Rumah Hogwarts#Slytherin|Slytherin]] yang digelar rakan, tetapi kurang diendahkan. Ramai dikalangan mereka menjadi Death Eaters, termasuk Avery dan Rodolphus Lestrange. Pada tahun kelimanya, dia telah membuka Bilik Rahsia dan membunuhmenyebabkan seorang pelajar bernama [[Myrtle Mengerang|Myrtle]], iaitu seorang pelajar berdarah Muggle, dibunuh. Hanya Dumbledore mengesyakinya, kerana dia telah memikat hamper semua staf sekolah termasuk guru [[Mata pelajaran Hogwarts#Posyen|Posyen]] iaitu [[Horace Slughorn]] dan memerangkap pelajar tahun ketiga, [[Rubeus Hagrid]].
 
Selepas menamatkan pelajarannya, Voldemort berharap untuk menjadi guru di Hogwarts. Dumbledore merasakan yang dia berkehendakkan barangan kepunyaan [[Pengasas Hogwarts#Godric Gryffindor|Godric Gryffindor]] or [[Pengasas Hogwarts#Rowena Ravenclaw|Rowena Ravenclaw]]. Keinginannya ditolak oleh pengetua ketika itu, Armando Dippet kerana terlalu muda. Maka, dia bekerja untuk sementara waktu di Borgin dan Burkes, Knockturn Alley tetapi turut melakukan pencurian dan pembunuhan, iaitu loket kepunyaan Salazar Slytherin dan piala yang mepunyai badger [[Rumah Hogwarts#Hufflepuff|Hufflepuff]] yang kemungkinan digunakan untuk [[Horcrux]]. Kemudian, dia menghilangkan diri. Sepuluh tahun kemudian, dia kembali ke Hogwarts untuk menjawat sebagai guru [[Mata pelajaran Hogwarts#Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam|Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam]], tetapi ditolek oleh Dumbledore yang ketika itu telah menjadi pengetua kerana dia telah menunjukkan ketidak jujurannya. PAda masa itu, penampilan Voldemort sudah kurang seperti manusia dan meminta untuk menggunakan gelarannya dari nama sebenar yang Dumbledore tidak berbuat demikian. Voldemort telah ditolak dari jawatan itu. Dengan marah, dia meletakkan sumpahan kepada kerja itu dan sejak itu, tiada pengajar yang dapat bertahan lebih dari setahun.