Perbezaan antara semakan "Toradora!"

2,088 bait ditambah ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Sebanyak 25 episod telah diadaptasi, dihasilkan oleh [[J.C.Staff]]. Ianya ditayangkan di [[Jepun]] melalui siaran [[TV Tokyo]] antara Oktober 2008 hingga Mac 2009. Origina Video Animation, [[OVA]] berdurasi selama 30 minit dihasilkan pada 21 Disember 2011. Anime ini yang ditayangkan di Utara Amerika dalam dua musim antara Julai dan Ogos 2010. Manakala suara latar yang menggunakan bahasa inggeris dihasilkan pada Julai 2014. Anime yang ditayangkan di Utara Amerika ini mendapat kelulusan lesen daripada [[Nippon Ichi Software]]. [[Visual novel]] yang berasal daripada siri anime telah dikeluarkan pada April 2009 oleh [[Namco Bandai Games]] untuk [[Playstation Portable]]
 
Tajuk ''Toradora!'' merujuk kepada kedua-dua watak utama iaitu Taiga Aisaka dan Ryūji Takasu. ''Taiga'' yang bunyinya {{Nihongo|''tora''|とら}} bermaksud harimau dan Ryūji bermaksud naga (dragon). Sebutan dragon dalam bahasa inggerisjepun ialah {{Nihongo|''doragon''|ドラゴン}}.
 
==Plot==
Cerita ''Toradora!'' bermula dengan seorang watak yang bernama Ryūji Takasu. Biarpun dia berusaha untuk kelihatan segak dan berpesonaliti yang baik, namun usahanya menemui kegagalan kerana dia mempunyai mata yang kelihatan seperti budak [[juvana]] ataupun gangster. Disebabkan gagal untuk kelihatan baik, dia gagal mendapatkan teman wanita biarpun dia merupakan pelajar sekolah tinggi yang sepatutnya mempunyai teman wanita. Apabila dia cuba mendekati pelajar perempuan, pelajar-pelajar tersebut mula kelihatan takut, dan mereka terus menjauhkan diri daripada Ryūji Takasu. Oleh sebab ini, dia tidak mempunyai ramai kawan. Aktiviti hariannya ialah bangun pagi dan ditegur oleh ibunya, kemudian dia ke sekolah. Dia sangat bahagia apabila dia mengetahui bahawa rakan baiknya iaitu Yūsaku Kitamura dan perempuan yang dia sukai dalam diam iaitu Minori Kushieda turut sekelas sekalinya. Namun begitu, rakan kepada Minori iatu Taiga Asaka yang garang bagaikan harimau, turut sama berada dalam kelas itu.
 
Taiga mempunyai personaliti ataupun perangai yang sangat teruk. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi seseorang. Begitu juga terhadap Ryūji. Taiga berasal daripada keluarga yang kaya raya, namun dia mengambil keputusan untuk hidup sendiri, jauh dari keluarganya. Dia tinggal di apartment mewah bersebelahan rumah Ryūji yang buruk. Apabila Ryūji mendapat tahu bahawa Taiga sukakan Yūsaku, dan Taiga mengetahui bahawa Ryūji menyukai Minori, mereka bekerjasama untuk saling membantu dalam mencapai matlamat mereka, untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang mereka sukai. Taiga menjadikan Ryūji sebagai orang suruhannya untuk memasak dan mengemas bilik. Ryūji hanya menurut perintah kerana dia bimbang Taiga akan beritahu Minori bahawa dia menyukai Minori. Biarpun hubungan mereka seperti tuan dan orang suruhan, namun mereka amat rapat dan saling bekerjasama. Lama kelamaan, mereka mula sedar bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Akhirnya mereka mengakui dan menyatakan perasaan mereka. Di akhir episod anime ini, mereka bahagia sebagai pasangan kekasih.
1,206

suntingan