Perbezaan antara semakan "Toradora!"

1,802 bait dibuang ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
 
Taiga mempunyai personaliti ataupun perangai yang sangat teruk. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi seseorang. Begitu juga terhadap Ryūji. Taiga berasal daripada keluarga yang kaya raya, namun dia mengambil keputusan untuk hidup sendiri, jauh dari keluarganya. Dia tinggal di apartment mewah bersebelahan rumah Ryūji yang buruk. Apabila Ryūji mendapat tahu bahawa Taiga sukakan Yūsaku, dan Taiga mengetahui bahawa Ryūji menyukai Minori, mereka bekerjasama untuk saling membantu dalam mencapai matlamat mereka, untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang mereka sukai. Taiga menjadikan Ryūji sebagai orang suruhannya untuk memasak dan mengemas bilik. Ryūji hanya menurut perintah kerana dia bimbang Taiga akan beritahu Minori bahawa dia menyukai Minori. Biarpun hubungan mereka seperti tuan dan orang suruhan, namun mereka amat rapat dan saling bekerjasama. Lama kelamaan, mereka mula sedar bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Akhirnya mereka mengakui dan menyatakan perasaan mereka. Di akhir episod anime ini, mereka bahagia sebagai pasangan kekasih.
 
==Senarai watak==
[[File:Toradora! main characters.jpg|thumb|right|300px|Watak-watak utama ''Toradora!'' (daripada kiri ke kanan): Ryūji, Yūsaku, Taiga, Minori, and Ami.]]
:*;{{nihongo|Ryūji Takasu|高須 竜児|Takasu Ryūji}}
:[[Seiyu|Suara Latar]] : [[Junji Majima]], [[Erik Scott Kimerer]]
:Protagonis lelaki bagi siri ini. Ryūji berumur 17 tahun, merupakan pelajar sekolah tinggi tahun dua, berasal dari kelas 2-C. Oleh kerana faktor [[genetik]] dan keturunan, dia mewarisi mata jenis ayahnya, iaitu mata [[sanpaku]] yang membuatkan dirinya kelihatan seperti pelajar juvana ataupun gangster jalanan. Dia hidup dengan ibunya sahaja apabila ayahnya telah meninggalkan ibunya ketika dia masih berada dalam kandungan. Oleh sebab itu, Ryūji merupakan pelajar sekolah tinggi yang hidup berdikari. Dia boleh memasak, menjahit dan mengemas rumah dengan baik. Dia mempunyai perasaan terhadap Minori Kushieda. Dia membela [[burung kakak tua]] yang bernama Inko-chan. Dia selalu menolong Taiga dalam mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk Taiga. Ryūji merupakan seorang yang tenang dan pandai. Dia memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Perasaannya sebagai kawan untuk Taiga mula berubah apabila mereka gemar meluangkan masa bersama-sama. Akhirnya dia dan Taiga bahagia sebagai pasangan kekasih.
 
:*;{{nihongo|Taiga Aisaka|逢坂 大河|Aisaka Taiga}}
:[[Seiyu|Suara Latar]] : [[Rie Kugimiya]], [[Cassandra Morris|Cassandra Lee]]
:Protagonis perempuan bagi siri ini. Taiga ialah seorang gadis yang comel, namun mempunyai personaliti yang teruk. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi orang lain. Dia berperwatakan [[tsundere]]. Pelajar lain menggelarnya sebagai {{Nihongo|"Palmtop Tiger"|手乗りタイガー|Te Nori Taigā}}. Biarpun begitu, dia lebih cenderung untuk bersedih. Dia sangat jujur, terutamanya dalam memberi nasihat kepada orang lain. Ryūji menggambarkan Taiga sebagai [[anak patung]] kerana tubuhnya yang kecil. Ramai pelajar lelaki berani meluahkan perasaan cinta mereka terhadap Taiga. Namun begitu, Taiga menolak kesemua luahan perasaan itu. Dia seorang yang tergopoh-gapah dan dia cuba menyembunyikannya. Hanya Ryūji sahaja yang mengetahui perangainya itu.
 
:Biarpun berasal daripada keluarga berada, Taiga mempunyai banyak masalah dengan ibu-bapanya. Dia terpaksa tinggal bersama-sama dengan ayah dan ibunya secara berselang-seli kerana ibu-bapanya telah bercerai. Kemudian, dia memilih untuk hidup sendirian dengan menyewa apartmen mewah bersebelahan rumah Ryūji. Ketika di akhir siri ini, perniagaan ayahnya jatuh merudum menyebabkan hak penjagaannya dimenangi oleh ibunya. Ibunya kemudian berkahwin dengan lelaki baru, menyebabkan Taiga mempunyai ayah tiri. Taiga mempunyai kepayahan dalam menyesuaikan dirinya dalam keluarga baru. Dia kemudiannya tinggal bersama Ryūji dan ibu Ryūji. Akhirnya dia dan Ryūji bahagia sebagai pasangan kekasih.
 
==Media==
==Rujukan==
{{reflist|2}}
 
==Pautan Luar==
{{wikiquote}}
*[http://www.starchild.co.jp/special/toradora/ Anime official website] {{ja icon}}
*[http://b.bngi-channel.jp/toradora/ Visual novel official website] {{ja icon}}
*[http://nisamerica.com/toradora ''Toradora!'' anime] at [[Nippon Ichi Software|NIS America]]
*[http://www.gomanga.com/manga/toradora.php ''Toradora!'' manga] at [[Seven Seas Entertainment]]
*{{ann|anime|10050}}
 
[[Category:2007 manga]]
[[Category:2008 anime television series]]
[[Category:2009 video games]]
[[Category:2011 anime OVAs]]
[[Category:Anime and manga based on light novels]]
[[Category:ASCII Media Works manga]]
[[Category:Dengeki Bunko]]
[[Category:Dengeki Comic Gao!]]
[[Category:Dengeki Comics]]
[[Category:Dengeki Daioh]]
[[Category:J.C.Staff]]
[[Category:Japan-exclusive video games]]
[[Category:Japanese serial novels]]
[[Category:Light novels]]
[[Category:PlayStation Portable games]]
[[Category:Romantic comedy anime and manga]]
[[Category:School anime and manga]]
[[Category:Shōnen manga]]
[[Category:Television programs based on light novels]]
[[Category:Visual novels]]
1,206

suntingan