Perisian bebas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 79 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q341
Baris 2:
 
== Pengenalan ==
Syarikat perisian komputer memonopoli pasaran perisian komputer dan mengenakan harga yang tinggi terharapterhadap perisian yang mereka jual. Selain itu kaedah perlesenannya juga amat terhad dimana setiap perisian yang dibeli hanya boleh dipasang di dalam satu [[komputer]]. Pengguna tidak memiliki perisian tersebut selepas dibeli. Mereka hanya mempunyai hak untuk menggunakan perisian tersebut dalam satu komputer sahaja. Selain itu apa-apa penambahan terhadap perisian adalah tidak dibenarkan. Pengguna juga tidak boleh mendapat atau melihat [[kod sumber]] perisian tersebut.
 
Pakar-pakar komputer dan teknologi maklumat yang tidak berpuas hati terhadap penguasaan dan monopoli syarikat-syarikat perisian komputer telah menulis perisian mereka sendiri dan memberikannya secara PERCUMA. Pengguna boleh menggunakan perisian ini secara percuma dan ia boleh dipasang kedalam seberapa banyak komputer yang dikehendaki tanpa apa-apa bayaran [[lesen]]. Pengguna juga boleh memberikan perisian ini kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan. Selain itu kod sumber perisian tersebut juga diberikan secara percuma. Pengguna boleh melihat, mengubahsuai dan menggunakan kod tersebut di dalam kerja-kerja mereka.