Campur tangan British di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nur'adDEEN (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Nur'adDEEN (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7:
== Dasar Tidak Campur Tangan ==
Pada awalnya, [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] <,[[SHTI]]) (Syarikat British) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana [[Syarikat India Timur]] adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, [[Syarikat India Timur]] berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu.
 
Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada Syarikat. Syarikat melihat [[India]] dan [[China]] sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri [[Melayu]].