Julie Sudiro: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Penambahan kepada butiran senarai lagu-lagu yang pernah dirakamkan oleh Julie Sudiro.
Penambahan tarikh lahir Julie Sudiro.
Baris 21:
}}
 
Datin Paduka  '''JulieJuariah binti Radin Sudiro''' (lahir di Segamat, Johor pada tanggal 26 Februari 1945; umur 70 tahun) merupakan seorang penyanyi  Malaysia keturunan Jawa yang aktif menyanyi pada awal era [[ 1960-an]]. Beliau merupakan bintang kelahirananak Malaysia yang mula mencipta nama di sebuah pertandingan nyanyian di Singapura. Berbekalkan kemenangan tersebut, beliau mula mendapat perhatian media dan akhirnya di lamar untuk merakamkan suara ke piring hitam. Antara EP Inggeris terawal beliau berjudul 'Down Town' yang juga memuatkan lagu berjudul 'Be Good To Me' pada tahun 1966. Satu persatu EP Melayu dan Inggeris dihasilkan dan salah satu lagu Inggeris yang pernah dirakamkan bersama kumpulan muzik pengiring iaitu The Emerlads ialah 'Na Na Na Hey Hey Kiss Me Goodbye' (juga merupakan salah satu tajuk EP Inggerisnya yang dirakamkan bersama EMI pada tahun 1970). Julie juga turut merakamkan beberapa EP berbahasa Melayu dan Inggeris bersama [[kumpulan The Emeralds]]. Paling diingati ramai adalah lagu Melayu hits beliau seperti Lambaian Kanda, Seruling Malam, Bunga Sakti, Apa Khabar, Miang Keladi dan Gambar Kenangan. Kartina Dahari @ Tina merupakan rakan artis paling akrab dan mereka pernah merakamkan EP duet yang mengandungi lagu-lagu seperti Cincin Kenangan, Marilah Bergembira, Burung Nuri dan Pulau Harapan. Selain EMI, beliau juga pernah merakamkan beberapa EP bersama Mega Records yang berpengkalan di Singapura pada ketika itu.
 
Walaupun tidak lagi menyanyi secara aktif pada masa kini, namun beliau masih diundang untuk menjayakan show korporat yang lebih kepada persembahan tertutup (eksklusif). Vokal dan nuansa Julie Sudiro sememangnya akan terus diingati sebagai salah seorang diva jazz yang dihormati bukan sahaja di [[Malaysia]] dan [[Singapura]] malah di dunia.