Pengacara TV Popular (ABPBH): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Penerima pertama anugerah ini ialah [[Normala Shamsuddin]] yang ketika itu popular dengan program Nona. Satu-satunya pembaca berita pernah dicalonkan dalam kategori ini ialah Norazlina Redzuan (Buletin Utama), manakala bagi program dokumentari pula calon-calon seperti [[Zakiah Anas]] (999), [[Norzie Pak Wan Chek]] (Majalah 3) , Hazlin Hussein (999) dan [[Nurul Syuhada Nurul Ain]] (Majalah 3) . Satu-satunya pengulas sukan yang pernah menerima pencalonan ialah Nurul Alis Aidil Akbar (Sukan TV1 & Sports Highlights). Program Nona banyak melahirkan pengacara wanita popular selain Normala, antara yang mendapat perhatian adalah [[Neelofa]], [[Norazlina Redzuan]] dan [[Farah Fauzana]]. Farah Fauzana bagaimanapun terlebih dahulu popular menerusi program Melodi di TV3 yang melayakkannya memenangi anugerah ini secara berturut-turut dari 2005 hingga 2012. Antara bekas pengacara Melodi yang pernah dicalonkan adalah [[Raja Azura]]. Beberapa pengacara program hiburan, gossip dan santai kerap kali dicalonkan dalam kategori ini seperti [[Raja Azura]] (Gedik Santai), [[Avaa Vanja]] (Pop TV), [[Cheryl Samad]] (Muzik Muzik), [[Maria Tunku Sabri]] (Jalan Jalan Cari Makan), [[Ary Malik]] (Muzik Muzik), [[Sharifah Shahirah]] (Spontan) dan [[Neelofa]] (MeleTOP). Pengemudi program bual bicara juga mendapat tempat dalam pencalonan antaranya [[Fauziah Ahmad Daud]] (Ogy & Salih), [[Raja Azura]], [[Erra Fazira]] (Primadona) dan [[Linda Onn]] (Tanya Linda). Satu-satunya pengacara remaja yang pernah dicalonkan adalah [[Juliana Evans]] yang tercalon kerana mengacarakan program mingguan Remaja ketika berusia 17 tahun.
 
Anugerah ini setara dengan [[Pengacara TV WanitaLelaki Popular (ABPBH)]].
 
===Calon & Pemenang===