420
suntingan
Tiada ringkasan suntingan |
Earth~mswiki (bincang | sumb.) (rv) |
||
{{Sejarah Malaysia}}
'''Perang
==Latar belakang==
Pada tahun 1849 atau 1850, sultan [[Selangor]] ketika itu, [[Sultan Muhammad Shah]] meletakkan jajahan [[
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan [[Sultan Abdul Samad]] menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang baru bersimpati dengan keadaan Raja
==Peperangan dan Tengku Kudin==
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1867, Tengku Kudin dari Kedah berkahwin dengan salah seorang puteri daripada keluarga diraja Selangor dan [[Sultan Abdul Samad]] melantik Tengku Kudin sebagai pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja
Sementara itu, Negeri-Negeri Selat mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di [[Tanah Melayu]] yang menjadi pengeluar [[bijih timah]] terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
Sepanjang perang, Tengku Kudin telah memanggil 500 askar daripada [[Kedah]] untuk membantunya. Tentera upahan serta beberapa pegawai Eropah telah dibayar oleh putera Kedah itu. Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja
Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk sementara.
Situasi berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dari [[Pulau Pinang]] diserang [[lanun]] berhampiran perairan [[Hulu Langat]]. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernama [[J.G. Davidson]] sebagai [[Residen British]] Selangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesar [[Selangor]] kerana ia merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugas [[residen]] bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenai [[Islam]] dan adat resam [[Melayu]].
Perang Klang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja
==Rujukan==
|
suntingan