Perbezaan antara semakan "Abu Bakar as-Siddiq"

Membatalkan semakan 3570549 oleh 60.54.3.38 (Perbincangan)
(biodata saidina abu bakar as-siddiq)
(Membatalkan semakan 3570549 oleh 60.54.3.38 (Perbincangan))
* '''Abu Bakar al-Siddiq''' ({{lang-ar|'''أبو بكر الصديق'''}} Abū Bakr al-Siddīq) ialah [[khalifah]] pertama orang [[Muslim]] dari tahun [[632]]-[[634]]. Beliau pada awalnya digelar '''Abdul Kaabah''' (hamba [[Kaabah]]) tetapi selepas [[Islam|pengislamannya]], beliau menukar namanya kepada '''Abdullah'''. Namun beliau selalu digelar '''Abu Bakar''' (daripada perkataan [[Arab]] ''Bakar'' yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran ''As-Siddiq'' (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah '''Abdullah ibni Abi Qahafah'''<ref>http://www.pamiesz.com/2008/01/saidina-abu-bakar-as-siddiq.html</ref>.'''
 
== '''Kehidupan awal''' ==
'''Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat [[Nabi Muhammad s.a.w.]] yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. [[hijrah|berhijrah]] dari [[Makkah]] ke [[Madinah]] pada tahun [[622]], hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu [[Aisyah|Saidatina Aishah]] tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk [[Islam]]. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.'''
 
'''Beliau mendapat gelaran '''''as-Siddiq''''' kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa [[Isra dan Mi'raj]] yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.'''
 
== '''Menjadi khalifah pertama''' ==
'''Semasa [[Rasulullah s.a.w.]] sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan [[solat]] orang [[Islam]]. Selepas kewafatan [[Nabi Muhammad s.a.w.]], sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan [[Ansar]] dan [[Muhajirin]] ditubuhkan untuk melantik seorang [[khalifah]] bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.'''
 
'''Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik [[Saidina Ali Abi Talib]] sebagai [[khalifah]] kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan [[Syiah]] yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. <ref>[http://books.google.co.uk/books?id=9b0_ek9nvnEC&pg=PT550&lpg=PT550&dq=ali+only+abu+bakar+months&source=bl&ots=1iG57jEev_&sig=dGvHLWjtXhhSqp1iug1EknKwxaI&hl=en&sa=X&ei=iOI1UMGUC8WIrAfZpoGACA&ved=0CEoQ6AEwBQ Islamic Hadith, By Simon Abram ]</ref>'''
 
[[Jalaluddin al-Suyuti|'''Jalaluddin al-Suyuti''']]''' dalam karyanya ''al-Khulafa al-Rashidun'' ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.<ref>Jalaludin al-Suyuti, ''al-Khulafa al-Rashidun'', terjemahan sebagai ''The History of the Khalifahs who took the right way'' oleh Abdassamad Clarke, 3rd revised edition, Ta-Ha Publishers Limited, 1995 ms 51&mdash;56 ISBN-13 9781842000977 (Kulit lembut) </ref>'''
 
=== '''Peperangan Islam-Riddah''' ===
'''Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi [[khalifah]]. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak [[orang Arab|Arab]] memberontak dan menentang [[khalifah]]. Sesetengah daripada mereka enggan membayar [[zakat]] manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.'''
 
'''Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan [[Muslim]]. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan ''Riddah''. Hal ini merupakan permulaan siri [[Peperangan Islam-Riddah]]. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah [[Musailamah al-Kazzab]]. Namun [[Khalid Al-Walid]] berjaya menumpaskan Musailimah dalam pertempuran.<ref>http://surautaalim.blogspot.com/2010/02/kisah-perang-dan-perjuangan-para.html</ref>'''
 
=== '''Ekspedisi ke Utara''' ===
'''Selepas berjaya mengurangkan golongan ''riddah'', Saidina Abu Bakar menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi [[Empayar Byzantine|Byzantine]] (Rom Timur) dan [[Empayar Parsi]]. [[Khalid Al-Walid]] berjaya menawan [[Iraq]] dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke [[Syria]]. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan ''riddah'' terletak di selatan [[Semenanjung Arab]] dan bukannya di utara.'''
 
=== '''Pengumpulan al-Quran''' ===
'''Menurut ahli sejarah [[Islam]], selepas siri [[Peperangan Islam-Riddah]] ramai orang yang mahir menghafaz [[al-Quran]] terbunuh. [[Saidina Umar Al-Khatab]] (''khalifah yang berikutnya'') meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat [[al-Quran]]<ref>http://manhaj-salaf.net46.net/pengumpulan-al-quran/</ref>. [[Saidina Uthman Affan]] kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dengan membukukan al-Quran, iaitu mushaf Uthmani, semasa beliau menjadi khalifah.'''
 
== '''Kewafatan Saidina Abu Bakar''' ==
'''Saidina Abu Bakar wafat pada [[23 Ogos]] [[634]] di [[Madinah]] iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima [[Saidina Umar Al-Khatab]] sebagai khalifah yang baru.'''
 
'''Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam [[Nabi Muhammad s.a.w.]] di [[Masjid an-Nabawi]] yang terletak di [[Madinah]].'''
 
== '''Sumbangan Saidina Abu Bakar''' ==
'''Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan ''Riddah'' yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat [[al-Quran]] dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh [[Islam]]<ref>http://p4ceriko-ppc.blogs.smjk.edu.my/2009/07/27/sumbangan-khulafa-al-rasyidin/</ref>.'''
 
== '''Lihat juga''' ==
* [[Khulafa al-Rasyidin]]
** [[Saidina Umar Al-Khatab]]
50,138

suntingan