Quincy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 6:
 
Satu lagi kontra antara ''shinigami'' dengan Quincy adalah cara kombat. ''Shinigami'' membersihkan jiwa hollow, yakni mengekalkan keseimbangan di antara dunia nyata dan dunia semangat tetapi Quincy memusnahkan hollow secara langsung. Jika hal ini dibiarkan, keseimbangan antara dua dunia tersebut akan terjejas sekaligus membahayakan penghuni-penghuninya. Ancaman ini menjadi punca utama peperangan shinigami-Quincy tercetus yang berakhir dengan kemenangan ''shinigami'' dan kematian kebanyakan ahli daripada puak Quincy. Waris kepada puak ini diawasi dengan ketat walaupun bilangan Quincy terus berkurangan dengan masa. Kemudiannya, Quincy berpendapat bahawa memandangkan mereka masih berada dalam kalangan komuniti hidup dan belum pupus sepenuhnya, mereka boleh bertindak sebagai "petindak pertama" kepada serangan hollow. Maka, Quincy juga dapat memainkan peranan mereka sebagai pelindung kepada manusia sehinggalah ''shinigami'' berupaya menghantar wakil untuk menghapuskan hollow tersebut. Tetapi, oleh sebab kerapuhan hubungan antara kedua-dua kaum tersebut rentetan daripada peperangan ''shinigami''-Quincy, para ''shinigami'' menolak cadangan tersebut. Hal ini menyebabkan [[Ishida Uryū]], rakan sekelas Ichigo dan juga seorang Quincy, memendam kemarahan terhadap ''shinigami'' kerana datuknya (perunding terakhir kepada rancangan Quincy tersebut) telah dibunuh oleh sekumpulan hollow sebelum ''shinigami'' tiba ke tempat kejadian.
 
Kontra terakhir antara Quincy dengan ''shinigami'' adalah pilihan mereka dalam isu seragam. ''Shinigami'' memakai hakama hitam tradisional yang longgar manakala seragam Quincy berwarna putih, berkolar tinggi dan lebih ketat. Maka, Quincy seolah-olah mempunyai stail Barat atau asing jika dibandingkan dengan ''shinigami''. Satu lagi motif jelas yang berulangan bagi puak Quincy ialah simbol salib yang sering tertera pada seragam dan artifak yang digunakan. Malah, salib ini tidak selalunya sama dengan individu Quincy yang lain (Uryū menggunakan salib Celtic sementara Ryūken menggunakan bintang lima bucu). Salib berbucu enam juga pernah dijahit pada pakaian Uryū suatu ketika dahulu.