Stesen Angkasa Mir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Baris 204:
[[Fail:Moonmir sts91 big.jpg|right|thumb|200px|Mir dan [[Bulan]], dua satelit Bumi.]]
 
Di bahagian dalam ''Mir'' yang seberat 100 tan ini kelihatan seolah-olah dikejangkan di dalam [[labirin]], dipenuhi dengan hos-hos, kabel-kabel dan peralatan-peralatan saintifik; selain juga barang-barang kehidupan seharian, seperti foto, lukisan kanak-kanak, buku-buku dan gitar. Ia biasanya menempatkan tiga anak kapal, tetapi kadang kala boleh menampung sehingga enam orang angkasawan sehingga sebulan. Kecuali untuk selaselang masa yang singkat, ''Mir'' secara berterusan didiami sehingga bulan Ogos 1999.
 
Udara di dalam stesen ini digambarkan sebagai "sangat menyihatkan, - ia tidak kering, ia juga tidak lembab. Tiada yang berbau" seperti kata angkasawan [[NASA]], John Blaha. Beliau juga menggambarkan dengan pengecualian ke atas [[Priroda]] dan [[Spektr]] yang mana telah ditambah baru-baru ini, stesen ini kelihatan digunakan, yang mana adalah dijangka kerana ia telah digunakan selama 10 hingga 11 tahun tanpa dibawa kembali ke rumah dan dicuci.<ref name="From Mir to Mars">[http://www.pbs.org/safarchive/5_cool/5_mir/mir1.html From Mir to Mars] PBS: From Mir to Mars, Accessed September 14, 2008</ref>