Istana Bukit Serene: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[File:Croppedbserene.jpg|thumb|226x226px|Istana Bukit Serene]]
 
'''Istana Bukit Serene''' ialah istana kediaman rasmi [[Sultan Johor]],. [[Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail|Almarhum Sultan Iskandar]] yang mula menjadikan istana ini sebagai kediaman rasmi baginda dengan mengisytiharkan [[Istana Besar|Istana Besar Johor]] dijadikan muzium diraja negeri untuk tatapan rakyat jelata. Istana ini terletak di Bukit Serene, [[Johor Bahru]], dan menghadap [[Selat Johor]]. Istana ini disiapkan dalam tahun 1933.
 
Istana Bukit Serene yang berbumbung hijau ini mempunyai menara setinggi 35 meter dan mudah dilihat dari ''Danga Bay'' atau [[Teluk Danga]] atau turut dikenali sebagai ''Danga Bay''. Istana ini juga menjadi salah satu daripada mercu tanda tarikan pelancong di Johor Bahru. Kawasan istana ini mempunyai sebuah taman yang indah dan kerap menjadi tapak majlis keramaian. Kawasan istana dikawal oleh Pasukan [[Askar Timbalan Setia|Askar Timbalan Setia Johor]] ataupun ''The Johor Military Force''.
 
Semasa [[Perang Dunia II]], Lt. Jen. [[Tomoyuki Yamashita]] memindahkan markasnya ke Istana Bukit Serene di [[Johor Bahru]]. Daripada istana tersebut, Yamashita dapat melihat kedudukan askar Australia di seberang Selat Johor. Walaupun diberikan nasihat oleh pegawai-pegawainya bahawa Istana Bukit Serene sasaran mudah untuk diserang, Tomoyuki Yamashita sendiri yakin pihak British tidak akan menyerang Istana Bukit Serene yang menjadi pusaka Sultan Johor. Tekaan Tomoyuki Yamashita tepat sekali; pihak British tidak menyerang Istana Bukit Serene. Tomoyuki Yamashita menggunakan menara Istana Bukit Serene sebagai tempat pemerhatian untuk meninjau keadaan di Pulau [[Singapura]].