Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
 
== Malayan Union ==
Pada bulan November 1945, Sir Harold MacMichael datang ke Negeri Perak menemui dengan baginda di [[Kuala Kangsar]] dan telah memaksa baginda menandatangani surat perjanjian penyerahan kuasa pemerintahan baginda kepada pihak Kerajaan British. Mengikut perjanjian itu, semua Negeri-Negeri Melayu akan digabungkan menjadi sebuah persekutuan yang dipanggil '''Malayan Union'''. Atas desakan Sir Harold MacMichael itu, baginda telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Perak pada 22 Novemebr 1945 dan disaksikan oleh [[Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah|Raja Muda Raja Yussuf ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah]] dan Temenggung Haji Wan Hamaruddin (Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar). Perjanjian itu tidak diketahui oleh orang besar-besar dan rakyat baginda. Oleh itu, Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946. [[Sultan Perak]] serta sekelian Sultan Negeri-Negeri Melayu dan [[Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan]] telah menyesal kerana telah tertipu untuk menandatangani perjanjian untuk mewujudan Malayan Union. Baginda-baginda kesemuanya memulaukan istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union kerana tidak bersetuju Malayan Union ditubuhkan. Pada masa yang sama, sebuah badan politik khas untuk orang-orang Melayu bernama '''United Malay National Organization''' atau singkatannya (U.M.N.O.) telah pun ditubuhkan. Parti U.M.N.O. itu diketuai oleh [[Onn Jaafar|Dato' Onn bin Jaafar]] dari Negeri [[Johor]], dan tujuan utamanya ialah menolak penjajah Inggeris sekaligus menentang kuat terhadap pewujudan Malayan Union yang memberikan kuasa pemerintahan serta pentadbiran kepada Kerajaan Inggeris. Ringkas kata, penubuhan Malayan Union itu bererti merampas kuasa Raja-Raja Melayu serta menyingkiran lambang kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kuasa pertuanan orang-orang Melayu di tanah air mereka sendiri.
 
Setelah setahun sembilan bulan usia Malayan Union, Kerajaan British menjemput sekelian Sultan berkumpul di [[Kuala Lumpur]] pada 21 Januari 1948 lalu menandatangani satu surat perjanjian lagi yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, Kerajaan British memansuhkan Malayan Union dan mewujudkan '''Federation of Malaya''' atau Persekutuan Tanah Melayu. Maka, pada 1 Februari 1948, pertubuhan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selamat disempurnakan, dan sejak itu kuasa Sultan-Sultan Melayu dikembalikan kepada baginda masing-masing seperti sediakala.