Kosmo!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alashr2003 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
 
[[en:Kosmo!]]
 
Sejarah akhbar kompak KOSMO!
 
Pada 30 Ogos 2004, Kumpulan Utusan pertama kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz kompak KOSMO! Dengan mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan pelbagai topic berita dan rencana selari dengan slogan ‘Suara Kontemporari’ yang mensasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.
 
KOSMO! diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang menampilkan konsep akhbar harian dan majalah dalam motonya ‘Bukan Sekadar Berita’ adalah ideal untuk semua peringkat umur pembaca. Ia turut mesra pembaca apabila mudah dipeang dan praktikal tambahan pula dengan saiznya yang miniscute.
 
KOSMO! kini mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca KOSMO! bukan terdiri daripada lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina dan India. KOSMO! turut mahu digambarkan sebagai platform akhbar silang budaya dalam memajmukkan masyarakat Malaysia.
 
Selepas dua tahun akhbar terbitan Kumpulan Utusan ini menunjukkan potensi yang positif dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca (jualan semasa di Lembah Klang, Edisi Utara dan Edisi Selatan : 120,000 naskah), KOSMO! pada 4 dan 6 Oktober yang lalu telah menemui pembaca baru mereka di negeri Melaka dan Pahang.
 
KOSMO! kini telah diiktiraf sebagai salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysia.
 
Berikut kronologi perkembangan akhbar kompak KOSMO! :
 
• 3 Januari 2005 – KOSMO! AHAD dilancarkan seluruh negara.
• 10 September 2005 – KOSMO! Pulau Pinang dan Kedah dilancarkan.
• 15 Februari 2006 – KOSMO! Johor dilancarkan.
• 25 Mac 2006 – KOSMO! Negeri Sembilan dilancarkan.
• 26 April 2006 – KOSMO! Terengganu dilancarkan.
• 1 Ogos 2006 – KOSMO! Edisi Utara kini merangkumi Perlis dan Perak.
• 4 November 2006 – KOSMO! Melaka dilancarkan.
• 6 November 2006 – KOSMO! Pahang dilancarkan.
 
Walaupun masih baru dalam industri dan menerima saingan yang sengit daripada akhbar terkemuka tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro, KOSMO! tetap utuh memberikan pilihan terbaik kepada pembacanya. Langkah terbaru akhbar kompak itu bagi mengurangkan saingan ialah dengan rangka strategi menurunkan kadar harga daripada RM1.20 kepada RM0.80 untuk edaran harian dan KOSMO! Ahad pula daripada RM1.50 kepada RM1.00 pada 1 September 2005.
 
Serentak itu, untuk edaran dalam kampus dan universiti, KOSMO! diturunkan kepada RM0.40 dan RM0.50 untuk KOSMO! Ahad. Kemudian pada 1 Februari 2006 ditawarkan kepada RM0.50 senaskah dan RM0.60 untuk KOSMO! Ahad kepada pasaran pembaca (IPT). Namun pada 1 Februari 2007 ia dinaikkan kepada RM0.70 senaskah dan RM1.00 untuk KOSMO! Ahad. Bagaimanapun, harga tersebut relatifnya masih rendah berbanding pasaran diluar IPT.
 
KOSMO! turut menampilkan dengan tagline; KOSMO! tidak perlu belanja lebih ‘KOSLESS’. KOSMO! percaya dengan objektif dan strategi serta pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa pertumbuhan ekonomi negara, ia mampu memberi sumbangan penting dalam menyokong dan meningkatkan ledakan zaman informasi.
Setelah memahami latar belakang kajian bab ini, kajian akan diteruskan dengan menyelidik tentang….(tajuk)…..
 
Pengarang – Badrul Azhar
Penolong Pengarang – Rosmizan Abdullah @ KT Rajah
Penolong Pengarang – Mohd Nor Abdul Samad
Pengarang Berita – Lokman Othman
Pengarang Berita – Zuhairi Ali
Pengarang meja hiburan – Saharudin Musthafa
Pengarang meja rencana – Mohd Zuki Pileh
Pengarang meja Sukan – Asan Ahmad @ Hassan Ibin