Pengguna awanama
Majlis Bandaraya Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan
tiada ringkasan suntingan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 3:
'''Majlis Bandaraya Pulau Pinang''' '''(MBPP)''' merupakan satu kawasan pentadbiran tempatan di kawasan Pulau dan [[Georgetown, Pulau Pinang|Bandaraya Georgetown]].
Pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta KerajaanTempatan 1976. Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebusguna. Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576).
Pengiktirafan [[Majlis Bandaraya Pulau Pinang]] memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaiktaraf MPPP ke MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .<ref>https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info</ref>
== Galeri ==
Baris 22 ⟶ 26:
{{tunas-Malaysia}}
[[Kategori:Majlis Bandaraya di Malaysia
== Rujukan ==
{{reflist}}
|