Perbezaan antara semakan "Kempen menentang Banu Mustalaq"

Tentera Islam tetap berada di telaga Al-Muraysī' untuk beberapa hari, ketia itu berlakunya perbalahan antara Muhajirin dan Ansar. Salah seorang Muhajirin bernama Jahja menyerang seorang Ansar, dan kedua-dua kumpulan itu kemudiannya berbalah sehingga dileraikan oleh Nabi Muḥammad.<ref name="TheSealed"/>
 
'Abdullāh ibn ‘Ubayy, yang dirujuk sebagai kepala kaum Munafik oleh sejarahwan Islam, menjadi marah dengan rancangan tentera Muslim dan bersumpah "yang lebih mulia akan menghalau orang yang paling hina dari Madinah," dan menambah: "Mereka (orang Muslim) sudah melebihi kiakita dan berkongsi tanah kita. Jika kamu membesarkan anjing kamu, pasti dia akan makan kamu balik." Apabila percakapakan itu dilaporkan kepada Nabi Muḥammad {{saw}}, [[Umar Al-Khattab|'Umar]] meminta izin untuk membunuh Ibn ‘Ubayy. Baginda seperti biasa menolaknya dengan alasan yang seorang Nabi itu bukanlah tujuannya untuk membunuh.<ref name="TheSealed"/>
 
Anak lelaki 'Abdullāh ibn Ubayy, yang juga bernama 'Abdullāh, sangat memarahi bapanya itu akibat kebiadabannya. Apabila tentera tiba di [[Madinah]], dia mengeluarkan pedangnya dan meletakkan di kepala bapanya dan menghalang bapanya dari memasuki kota itu sehingga dia mengaku yang dia itu sebenarnya yang paling hina di kalangan penduduk Madinah dan Nabi Muḥammad {{saw}} itu yang paling mulia. Si anak tadi sedia untuk memancung kepala bapanya dan membawanya kepada baginda jika dimahukannya<ref name="TheSealed"/>
21,019

suntingan