Dasar Ekonomi Baru: Perbezaan antara semakan

k (Membalikkan suntingan oleh 210.48.147.120 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 110.159.53.206)
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di [[Tanah Melayu]]. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa [[Melayu]], [[orang Cina|Cina]] dan [[India]]. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras [[peristiwa 13 Mei]] [[1969]].
 
Peristiwa berdarah yang berlaku pada [[13 Mei]] [[1969]] telah mereka mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di [[Tanah Melayu]] memandangkan majoriti orang [[Melayu]] tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang [[ekonomi]] lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.
 
Selain daripada itu, semenjak pendudukan [[Jepun]] pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga ([[Parti Komunis Malaya]]) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Pengguna awanama