Nabi Ibrahim a.s.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 114.120.195.79 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Baris 77:
Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan [[tawakkal]] kerana [[iman]] bahwa Allah tidak akan melepaskan hamba nya menjadi makanan api dan korban keganasan orang-orang [[kafir]]. Tatkala Nabi Ibrahim berada dalam api yang dahsyat itu, beliau merasa dingin dan hanya tali dan rantai yang mengikat yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh api.
 
Orang ramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri iaitu Puteri Razia mula percaya. Lalu Puteri itupun mengaku di hadapan khalayak ramai bahawa tuhan nabi Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenar. Mengelak dari kemaraah tentera Namrud yang diarah untuk membunuhnya, Puteri itupun meluru ke arah [[api]] yang besar itu lalu berkata "''Tuhan Nabi Ibrahim selamatkanlah aku''". Puteri Razia pun turut terselamat daripada terbakar. Raja Namrud semakin murka. Sebaik sahaja puteri Razia keluar daripada api, dia diburu. Ini memberi peluang kepada Nabi Ibrahim serta kerluarganya dan anak saudaranya [[Nabi Luth a.s.]] untuk melarikan diri.
 
==Menjalankan Korban==