Georges Bizet: Perbezaan antara semakan
Laman baru: thumb|right|200px|Georges Bizet '''''Georges Bizet''''' (Oktober 25, 1838 – Jun 3, 1875) ialah seorang penggubah Perancis dan juga... |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 06:36, 26 September 2007
Georges Bizet (Oktober 25, 1838 – Jun 3, 1875) ialah seorang penggubah Perancis dan juga pemain piano dari muzik era romantis. Beliau amat dikenali dengan opera terbaik gubahan beliau Carmen.
Biografi
Bizet dilahirkan di Paris, Perancis di 28 rue de la Tour d'Auvergne. Nama beliau didaftarkan sebagai Alexandre-César-Léopold Bizet, namun hanya dibaptiskan sebagai Georges Bizet dan nama baptis beliau kekal sebagai nama yang digunakan. Bizet memulakan pengajian muzik di Paris Conservatory of Music sebelum menjelang harijadi ke-10 tahun.
Simfoni gubahan beliau yang pertama bergelar Symphony in C Major, ditulis ketika beliau berusia 17 tahun, sebagai salah satu tugasan pelajar.
Opera beliau yang berjudul L'Arlésienne Suites pada asalnya dibuat sebagai muzik sampingan untuk sebuah lakonan yang diadaptasi dari penulisan novelis Alphonse Daudet. Opera ini pertamakali dipersembahkan pada tahun 1872.
Bizet juga menggubah sebuah opera yang romantic berjudul Djamileh, yang dilihat sebagai titik awal untuk Carmen, 1875. Opera Carmen menjadi hasil karya seni Bizet yang terbaik. Jalan cerita opera itu diambil dari novel hasil karya Mérimée yang ditulis pada tahun 1846. Watak Carmen dilakonkan oleh seorang penyanyi mezzo-soprano.
Pada awalnya, opera Carmen kurang diterima namun kemudiannya opera itu mendapat pujian tinggi dari penggubah-penggubah terkenal sezaman dengan beliau seperti Claude Debussy, Camille Saint-Saëns dan Pyotr Ilyich Tchaikovsky.
Pendapat dan pujian penggubah-penggubah terkenal terbukti menjadi kenyataan apabila opera Carmen menjadi salah satu kerjaseni opera terbaik. Namun, Bizet tidak sempat untuk menikmati kemasyuran beliau apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun. Beliau dikebumikan di Tanah perkuburan Père Lachaise is Paris
Opera
- La prêtresse, operetta (1854)
- Le docteur Miracle, opéra bouffe (1857)
- Don Procopio, opéra bouffe (1859)
- Les pêcheurs de perles, opera (1863)
- Ivan IV, opera agung (tidak habis)
- La jolie fille de Perth, opera (1867)
- Noé Noé, opera oleh Fromental Halévy dihabiskan oleh Bizet (1869)
- L'Arlésienne Suites, 'musique de scène' (1872)
- Djamileh, opera 1 babak (1872)
- Carmen, opera (1875)
Media
- Masalah memainkan fail ini? Sila rujuk bantuan media.
The Toreador Song | |
From Carmen |
Entr'acte | |
noicon | |
The Entr'acte to Act III from Carmen |
Entr'acte | |
The Entr'acte to Act IV from Carmen |
Nota muzik
- Skor-skor bebas oleh Georges Bizet dalam Perpustakaan Domain Awam Koral (KoralWiki)
- Skor-skor bebas oleh Georges Bizet dalam Arkib Muzik Werner Icking
- Bizet sheet music from SheetMusicFox.com
- Skor percuma oleh Bizet di Projek Perpustakaan Skor Muzik Antarabangsa (IMSLP)
Lihat juga
- (Inggeris) Gubahan Georges Bizet
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Georges Bizet. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Georges Bizet |