Gajah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38:
 
== Gajah Afrika ==
Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di [[Bumi|dunia]]. Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies [[gajah]] yang dikenalpasti dan hanya duatiga spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan [[Gajah Afrika]] (terbahagi kepada dua spesis iaitu Gajah Hutan Afrika dan Gajah Savana Afrika). Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira lima hingga tujuh juta tahun dahulu. Dari jurai keturunan spesies Gajah Asia terhasillah gajah [[Mammoth]] yang bagaimanapun kini telah pupus. Terdapat dua subspesies gajah Afrika iaitu Gajah Savana Afrika dan Gajah Hutan Afrika walaupun ada yang berpendapat bahawa Gajah Hutan Afrika adalah spesis yang tersendiri.<ref>http://www.livescience.com/9182-african-elephant-separate-species.html</ref>
 
=== Gajah Savana Afrika ===
Gajah Savana Afrika atau nama saintifiknya '''Loxodonta africana''' ialah antara dua spesis Gajah Afrika. Dahulunya Gajah hutan dan Gajah savana Afrika diklasifikasikan sebagai satu spesis tetapi mengikut kajian terbaru Gajah hutan dengan Gajah savana adalah dua spesis yang berbeza yang terpisah antara 5 hingga 3 juta tahun dahulu. Gajah savana ialah spesis Gajah terbesar di dunia yang masih hidup dengan ketinggian maksimum 4 meter (14 kaki) dan beratnya boleh mencecah sehingga 11 tan atau 11,000 kg. Mereka didapati hampir di seluruh benua Afrika, dari padang pasir di [[Mali]] sehingga ke [[Afrika Selatan]]. Gajah savana Afrika diklasifikasikan sebagai "vulnerable" oleh [[Senarai Merah IUCN|IUCN]].
 
=== Gajah Hutan Afrika ===