Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 6:
 
=== Matlamat Utama Falsafah India ===
Semua Darsana menemui bahawa meskipun manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh, kehidupannya penuh dengan penderitaan. Oleh itu, matlamat utama Darsana-Darsana ini adalah untuk melepaskan diri daripada penderitaan, bukan sahaja untuk sekarang, tetapi untuk selama-lamanya. Ahli-ahli falsafah Hindu telah menenggelami diri mereka sendiri untuk mencari matlamat hidup.<ref>Swami Harshananda ''The Six Systems of Hindu Philosophy''</ref>
 
Kaedah utama falsafah Hindu ialah Tapas (disiplin rohani), Sravana (mendengar kebenaran daripada guru-guru), dan Manana (penghayatan ilmu). Ahli-ahli falsafah Hindu juga menyedari bahawa akal manusia mempunyai hadnya iaitu ia bukan sumber ilmu yang bebas dan tulen. Oleh itu, mereka bergantung kepada Sruti atau Veda untuk mendapatkan ilmu. Dengan bantuan akal fikiran, mereka cuba memahami maksud Veda. Usaha mereka berhasil apabila dengan mengikuti ajaran Veda, mereka berjaya mengatasi penderitaan dan kesengsaraan hidup dan mencapai kebebasan.<ref>Swami Harshananda ''The Six Systems of Hindu Philosophy''</ref>
 
Namun, interpretasi berlainan Veda melahirkan mazhab-mazhab yang berbeza. Kini, semua mazhab ini telah disatukan di bawah enam mazhab yang dikenali sebagai Saddarsanas.
 
=== Empat Soalan Utama ===