Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 13:
 
=== Evolusi Darsana ===
Enam sistem atau Saddarsana ini, iaitu - Nyaya, Vaisesika, Sankhya, Yoga, Mimamsa, dan Vedanta telah dimulakan oleh golongan Rishi zaman purba. Nama-nama mereka muncul bukan sahaja dalam Veda, tetapi juga dalam Purana dan epik purba. Ajaran mereka berada dalam bentuk Sutra yang pendek lagi mudah diingati. Sutra-Sutra ini telah diturunkan daripada generasi ke generasi secara lisan. Apabila penghasilan karya bertulis makin berleluasa, pendeta-pendeta menghasilkan Bhasyas, Tikas, Vrttis, dan Varttikas (pelbagai bentuk ulasan dan eksposisi dalam bentuk prosa dan puispuisi) bagi menjelaskan idea-idea mazhab mereka dengan lebih mendalam. Sering kali, wujud serangan pendapat dalam kalangan mazhab-mazhab ini. Bagi mempertahankan ajaran masing-masing, mereka terpaksa menghasilkan karya-karya yang logikal dan rasional dan juga menyerang balas ajaran yang bertentangan. Dalam proses ini, pelbagai sastera falsafah yang hebat telah lahir di India.
 
=== Faktor Umum ===
Baris 51:
 
== Vedanta Darsana ==
 
Vedanta Darsana merupakan mazhab yang paling popular dan berpengaruh. “Vedanta’ bermaksud ‘penghujung atau kesimpulan Veda’. Sumber Vedanta ialah Upanishad, Brahmasutra, dan Bhagavadgita (secara kolektif dikenali sebagai ‘Prasthanatraya’). Terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai Prasthanatraya yang telah melahirkan tiga mazhab utama Vedanta iaitu '''Advaita, Visistadvaita '''dan''' Dvaita'''.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism</ref>
=== Pendahuluan - Sutra ===
Dalam sistem pendidikan di India purba, pelajar dikehendaki untuk tinggal bersama-sama gurunya di sekolah rimba. Pengajaran biasanya berada dalam bentuk Sutra atau ayat-ayat suci, diikuti dengan penjelasan dan perbincangan. Kaedah ini amat berkesan kerana ini membantu penghafalan.
 
Kesusasteraan Sutra mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Menurut syarat-syarat sebuah Sutra, ia mesti 'alpaksara' (mengandungi jumlah abjad yang minimum), 'asandigdha' (tanpa keraguan mengenai maksudnya), 'saravat' (mesti mengandungi inti subjeknya), dan juga, 'visvatomukha' (mengandungi semua aspek subjeknya). Namun, demi mengurangkan perkataan, pencipta-pencipta Sutra telah melakukannya dengan amat keterlaluan. Akibatnya, penulis-penulis seterusnya terpaksa menulis Bhasya atau ulasan penjelasan ke atas Sutra-Sutra.
 
Srauta, Grhya dan Dharma Sutra merupakan kumpulan kesusasteraan Sutra yang awal. Darsana atau sistem falsafah yang muncul kemudiannya, juga mengikuti gaya Sutra.
 
=== Prasthana-traya ===
Antara Saddarsana, atau enam sistem falsafah yang menerima otoriti Veda, Mimamsa dan Vedanta adalah berkaitan terus dengan Veda. Sistem Mimamsa berusaha untuk mencapai persepakatan antara teks-teks Veda yang kelihatan memberi arahan-arahan yang berlainan mengenai sistem pemujaan yang sama. Vedanta pula berusaha untuk memberikan satu falsafah Brahman (Tuhan Maha Mutlak) yang logikal daripada ayat-ayat Upanishad yang kelihatan bercanggah antara satu sama lain.
 
Vedanta Darsana merupakan mazhab yang paling popular dan berpengaruh. “Vedanta’ bermaksud ‘penghujung atau kesimpulan Veda’, (anta=penghujung) dan ia juga bermaksud intipati Veda (anta=intipati).
 
Sumber Vedanta Darsanaialah merupakanUpanishad mazhab(dikenali yangsebagai palingSruti popularPrasthana), danBrahmasutra berpengaruh.(dikenali “Vedanta’sebagai bermaksudNyaya-prasthana), ‘penghujungdan atauBhagavadgita kesimpulan(dikenali Veda’sebagai Smrti-prasthana). SumberSecara Vedantakolektif, ialahketiga-tiganya Upanishad,dikenali Brahmasutra,sebagai dan‘Prasthanatraya’). Bhagavadgita'Prasthana' (secarabermaksud kolektifmazhab dikenalifalsafah sebagaiatau ‘Prasthanatraya’)agama. Terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai Prasthanatraya yang telah melahirkan tiga mazhab utama Vedanta iaitu '''Advaita, Visistadvaita '''dan''' Dvaita'''.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism</ref>
 
=== Advaita Vedanta ===