Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 65:
 
Sumber Vedanta ialah Upanishad (dikenali sebagai Sruti Prasthana), Brahmasutra (dikenali sebagai Nyaya-prasthana), dan Bhagavadgita (dikenali sebagai Smrti-prasthana). Secara kolektif, ketiga-tiganya dikenali sebagai ‘Prasthanatraya’). 'Prasthana' bermaksud mazhab falsafah atau agama. Terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai Prasthanatraya yang telah melahirkan tiga mazhab utama Vedanta iaitu '''Advaita, Visistadvaita '''dan''' Dvaita'''.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism</ref>
 
=== Upanishad ===
Walaupun terdapat banyak karya-karya dengan nama 'Upanishad', secara tradisional, hanya dua belas hingga empat belas Upanishad sahaja yang diterima sebagai purba dan sah. Seluruh struktur falsafah Vedanta bergantung kepada beberapa Upanishad ini sahaja.
 
Ajaran Upanishad, secara umumnya boleh dibahagikan begini: Brahman sebagai sumber alam ini, sifat Brahman, evolusi dunia dan sifat-sifat benda-benda hidup sebagai jiwa individu dan perhubungan mereka dengan Brahman, kehidupan jiwa dan kelahiran semulanya, matlamat akhir kehidupan, dan jalan untuk mencapai matlamat akhir itu, dan keadaan selepas mencapai matlamat akhir itu.
 
Upanishad tidak memberikan satu gambar yang seragam mengenai pelbagai subjek yang dibincangkannya, Menurut tradisi, seluruh kumpulan Upanishad dianggap sebagai satu karya sastera iaitu Sruti. Oleh itu, adalah penting untuk menyusun semula ajaran Upanishad untuk memberikan gambaran yang lebih seragam. Inilah yang dilakukan oleh Badarayana yang menghasilkan Brahmasutras.
 
=== Advaita Vedanta ===