Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 5:
Perkembangan sistem falsafah India adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu proses intelektual dan pengalaman mistik. Oleh itu, falsafah India juga dikenali sebagai ‘Darsana’ (secara literal bermaksud ‘dilihat’).
 
=== Matlamat Utama [[Falsafah India]] ===
Semua Darsana menemui bahawa meskipun manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh, kehidupannya penuh dengan penderitaan. Oleh itu, matlamat utama Darsana-Darsana ini adalah untuk melepaskan diri daripada penderitaan, bukan sahaja untuk sekarang, tetapi untuk selama-lamanya. Ahli-ahli falsafah Hindu telah menenggelami diri mereka sendiri untuk mencari matlamat hidup.<ref>Swami Harshananda ''The Six Systems of Hindu Philosophy''</ref>
 
Baris 88:
 
=== Sinopsis Ringkas Brahmasutras ===
Bab pertama karya ini bermula dengan Sutra yang terkenal '''Athato Brahma Jijnasa''<nowiki/>' (Sekarang, oleh itu, keinginan untuk mengenali Brahman'). Ilmu atau pengalaman mengenai Brahman membawa kepada moksha atau kebebasan daripada kelahiran semula. Oleh itu, adalah penting untuk memahami Brahman dengan betul. Maka, karya ini mengkaji pelbagai ayat-ayat Upanishad mengenai Brahman. Dunia ini wujud disebabkan Brahman. Dunia bermula dengan Brahman, berterusan dengan Brahman dan akhirnya ia kembali ke dalam Brahman. Satu-satunya sumber ilmu mengenai Brahman ialah Sruti atau Upanishad.
 
Brahman adalah anandamaya, penuh nikmat. Ia adakah transcendental dan juga memenuhi alam dan jiwa. Brahman adalah cahaya dalam matahari dan dalam mata kita sendiri. Brahman juga dikenali sebagai Akasa, Prana, Bhuma, Atman, dan Akshara. Apa yang dinamakan sebagai 'Angusthamatra-Purusha' (orang bersaiz ibu jari) ialah sebenarnya Brahman dan bukannya jiwa.
Baris 94:
Brahman merupakan sumber kewujudan alam ini dan bukannya Prakriti atau Pradhana. Menurut falsafah Sankhya, alam wujud disebabkan Prakriti. Sebaliknya, Badarayana mengatakan bahawa Prakriti adalah sesuatu yang bukan hidup. Oleh itu, benda bukan hidup tidak boleh berfikir atau mencipta alam semesta yang direka dengan sempurna.
 
Badarayana menegaskan bahawa Brahman adalah upadanakarana (sumber material) dan nimittakarana (sumber hasil) alam ini. Oleh itu, dunia ini ialah Brahman.
 
Vedanta tidak bercanggah dengan Smrti (iaitu sumber sekunder seperti Bhagavadgita dan Apastamba-dharmasutras) dan tarka (logik dan penaakulan). Ayat-ayat Upanishad tidak mengutarakan sebarang teori ciptaan yang berlainan.
 
Brahmasutras juga mengkaji persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa mazhab lain ketika itu seperti Sankhya, Vaisesikas, ajaran Buddha, Jainas, Pasupatas (salah satu cabang Saivisme) dan Bhagavatas.
 
Menurut Badarayana, bantahan bahawa dunia mengandungi benda-benda bukan hidup dan oleh itu, ia tidak boleh menjadi ciptaan Brahman tidak boleh diterima. Ini kerana, Sruti, iaitu otoriti yang tertinggi telah menyatakan bahawa dunia ialah Brahman dan manusia, dengan akalnya yang kerdil tidak boleh menafikan Sruti.
 
Brahman tidak mempunyai sebarang kepentingan diri sendiri dalam mencipta dunia ini. Brahman juga tidak bertindak kejam atau berat sebelah dalam mencipta dunia ini. Jiwa-jiwa lahir menurut karma masing-masing. Tujuan ciptaan dunia ini adalah untuk membantu jiwa-jiwa mencapai Ananda (Nikmat) dengan menyedari Brahman.
 
Apakah yang berlaku selepas kematian? Jiwa-jiwa yang menjalani kehidupan rohani seperti Tapas, Sraddha, Brahmacharya dan meditasi ke atas Brahman akan pergi ke Brahmaloka melalui 'arciradimarga' atau 'devayana', iaitu jalan cahaya atau dewa-dewi. Jiwa yang sampai ke Brahmaloka tidak akan kembali ke dunia ini lagi. Seseorang yang berminat untuk mencapai Moksha, mesti mengamalkan 'sravana' (mendengar kitab suci mengenai Atman/Brahman) dan disiplin-disiplin berkaitan sehingga mendapat kesedaran rohani. Selepas mencapai Brahmajnana (Ilmu Brahman), semua sanchita karma (karma terkumpul daripada beberapa kelahiran) dihapuskan. Agami-karma iaitu karma yang dilakukan selepas mendapat Brahmajnana, tidak akan membawa hasil. Prarabdha-karma iaitu karma yang telah mula bertindak dalam sesuatu badan dan mula memberi hasil akan berterusan sehingga ia hasilnya dihabiskan.
 
Brahmasutras juga membincangkan tentang ciri-ciri seorang Muktapurusha (jiwa yang bebas), kelahiran semula, kejadian mimpi, teori karma, dan pelbagai ilmu berkaitan meditasi.
 
=== Advaita Vedanta ===