Bel kanto: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
pautan Gaetano Donizetti
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
pautan
Baris 3:
'''''Bel kanto''''' (dalam [[bahasa Itali]] bermaksud "nyanyian merdu"), merujuk kepada seni dan teknik [[sains]] vokal yang berasal dari [[Itali]] pada akhir kurun ke-16 dan berada di kemuncaknya pada awal kurun ke-19 semasa era [[opera]] bel kanto.
 
[[Penggubah]] – penggubah seperti [[Gioacchino Rossini]] (1792-1868), [[Vincenzo Bellini]] (1801-1835), dan [[Gaetano Donizetti]] (1797-1848) adalah contoh terunggul untuk penggubah [[opera]] corak ini yang berkembang pada sekitar tahun 1810 hingga ke tahun 1830. Penghormatan juga diberikan kepada [[penggubah]] kurun ke-17 Pietro Cavalli yang memperkenalkan seni bel kanto, walaupun keturusan melodi beliau agak berlainan.
 
Corak nyanyian bel kanto menumpukan kepada kesempurnaan tepat untuk suara, kemahiran legato, daftar tingkat suara atas yang ringan, ketangkasan, fleksibiliti suara dan timbre lirik yang "merdu". Opera bel kanto memerlukan gaya perhiasan yang meluas dan juga memerlukan ketangkasan skala suara dan kadenza. Bel kanto lebih menekankan kepada teknik yang betul daripada mementingkan jumlah nyanyian; salah satu contoh latihan dikatakan menyuruh para penyanyi untuk meletakkan lilin yang menyala di dalam mulut mereka dan menyanyi tanpa mengegarkan lilin tersebut. <ref>Brown, M.A., 1894</ref>
Baris 9:
Selain dari di era bel kanto dan [[opera]] bel kanto, para penyanyi boleh juga menggunakan teknik nyanyian bel kanto di dalam nyanyian verismo, [[Wagner]], [[Verdi]] dan juga corak nyanyian moden. Penyanyi-penyanyi dengan suara-suara yang lantang yang menggunakan teknik bel kanto termasuklah Eva Turner (1892-1990), Elena Nicolai (1905-1993), Todor Mazarov (Masaroff) (1907-1975), Ghena Dimitrova (1941-2005), Maria Caniglia (1904-1979) dan ramai lagi.
 
Walaupun ahli- ahli sejarah merujukkan tarikh bel kanto pada awal abad ke-19, istilah itu sebenarnya tidak begitu digunakan sehinggalah pada pertengahan abad ke -19. Pada masa itu, penggubah seperti [[Richard Wagner]] sudah pun mula menggunakan suara-suara lantang dan yang lebih dramatik yang menyebabkan penggubah – penggubah bel kanto mula merasai ketinggalan, seperti komen penggubah [[Gioacchino Rossini]] yang mengulas “Kita telah mula kehilangan seni bel kanto”.
 
Penyanyi-penyanyi [[soprano]] seperti [[Maria Callas]] (1923-1977) dan [[Joan Sutherland]] (1926- ) dianggap sebagai contoh terbaik untuk penyanyi bel kanto untuk era selepas peperangan pertama. Selain mereka, penyanyi-penyanyi seperti Virginia Zeani (1925- ) dan Leyla Gencer (1928- ) juga dianggap sebagai [[soprano]] bel kanto yang mempunyai keupayaan yang sama, namun tidak begitu ternama kerana tidak membuat banyak rakaman atau persembahan [[opera]].
 
Sesetengah pengkritik berpendapat Raúl Giménez, Juan Diego Flórez dan William Matteuzzi sebagai penyanyi [[tenor]] bel kanto, walaupun sesetengah pengkritik lain beranggapan sebaliknya. Ini adalah kerana, teknik dan repertoir bel kanto sebenarnya memberi maksud yang berlainan. <ref>Ciampa, ''The Twilight of Belcanto,'' Prologo. </ref>