Perbezaan antara semakan "Universiti Malaysia Perlis"

k
Membalikkan suntingan oleh 58.27.57.111 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
k (Membalikkan suntingan oleh 58.27.57.111 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri)
}}
 
'''[http://www.unimap.edu.my Universiti Malaysia Perlis]''' (singkatan: '''UniMAP''') merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri '''Perlis Indera Kayangan'''. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai '''Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia''' (bahasa Inggeris: '''Northern Malaysia University College of Engineering''').
Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001. '''Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin''' merupakan [http://pnc.unimap.edu.my Naib Canselor] pertama UniMAP hingga kini.
 
==Sejarah Penubuhan==
Terletak di utara semenanjung Malaysia, UniMAP merupakan Kampus teragih “ distributed campus” dimana lokasinya terletak lebih dari 30 lokasi diseluruh pelosok negeri Perlis.
 
Kampus tetap UniMAP dikenali sebagai '''Kampus Alam UniMAP Pauh Putra''', meliputi keluasan 1,050 ekar dan di '''Kampus Hijau UniMAP Sungai Chuchuh''' seluas 300 ekar. '''Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra''' kini menempatkan [http://manufacturing.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Pembuatan], [http://mechatronic.unimap.edu.my/index.php/en/ PPK Mekatronik], [http://www.some-unimap.com/ PPK Mikroelektronik], [http://scce-unimap.edu.my/home/ PPK Komputer dan Perhubungan] dan [http://electrical.unimap.edu.my/ PPK Sistem Elektrik]. Selain itu, terdapat juga bangunan, [http://pusatkejuruteraan.unimap.edu.my/ Pusat Kejuruteraan], [http://cigc.unimap.edu.my/ Pusat Kerjasama Industri & Agensi Kerajaan], [http://imk.unimap.edu.my/ Institut Matematik Kejuruteraan], Kompleks Dewan Kuliah, Dewan serbaguna, [http://kolejkediaman.unimap.edu.my Kolej Kediaman] menerusi pembangunan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Innitiative; PFI), Litar Go-Kart bertaraf Antarabangsa serta Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra.
 
'''Di Kampus Hijau UniMAP Sungai Chuchuh''' terdapat [http://fetech.unimap.edu.my/ Fakulti Teknologi Kejuruteraan], [http://kolejkediaman.unimap.edu.my Kolej Kediaman] yang menggunapakai konsep IBS dan [http://agrotek.unimap.edu.my/ Institut Agroteknologi Lestari (INSAT)] dengan memiliki sembilan buah Rumah Hijau Berteknologi Tinggi dimana dua daripadanya dikhaskan untuk penyelidikan Harumanis.
 
Selain itu, hasil kerjasama UniMAP dan JPB Asia Pacific Sdn Bhd dibawah peneraju Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), satu Projek Perintis Pengeluaran Mangga Harumanis Sepanjang Tahun secara Komersil sedang dilaksanakan melibatkan dua fasa. Bagi pembinaan fasa pertama melibatkan 50 buah Rumah Hijau dimana setiap satunya berkeluasan 0.5 ekar dan pembinaan fasa kedua juga melibatkan 50 buah Rumah Hijau.
 
'''Visi'''
Institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.<ref>http://www.unimap.edu.my/index.php/my/info-unimap/misi-dan-visi MISI, VISI & NILAI TERAS</ref>
 
'''Nilai Teras'''
 
== Senarai Pusat Pengajian/Fakulti==
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik <ref>[http://www.some-unimap.com/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan <ref>[http://scce-unimap.edu.my/home/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik <ref>[http://electrical.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan <ref>[http://materials.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan <ref>[http://manufacturing.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik <ref>[http://mechatronic.unimap.edu.my/index.php/en/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses <ref>[http://bioprocess.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses]</ref>
# Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar <ref>[http://ppkas.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar]</ref>
# Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan <ref>[http://ppipt.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan]</ref>
# Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi <ref>[http://ikom.unimap.edu.my/ Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi]</ref>
 
==Senarai Kolej Kediaman==
 
==Organisasi Pentadbiran==
Canselor UniMAP yang pertama sehingga kini adalah''' DYTM Tuanku Syed''' '''Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail '''yang dilantik pada 1 September 2003 oleh Seri Paduka BagindaYang Dipertuan Agong. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini. Pro Canselor UniMAP pula ialah ''' DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah '''Lailatul Shareen Akashah Khalil.''' '''
 
UniMAP mempunyai Lembaga Pengarah Universiti yang dipengerusikan oleh '''Yang Berbahagia Dato’ Prof. Emeritus Ir. Dr. Zainai bin Mohamed.''' Diperingkat pengurusan universiti, UniMAP diketuai oleh Naib Canselor yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi, dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Naib Canselor (TNC), iaitu TNC Akademik dan Antarabangsa, TNC Penyelidikan dan Inovasi, dan TNC Hal-ehwal Pelajar & Alumni. Selain itu terdapat 3 pegawai pengurusan utama iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
245,304

suntingan