KAMI - The Series: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 57:

==Episod==
''KAMI - The Series'' berbeza daripada siri-siri drama lain kerana teknik penceritaanya. Jika dalam siri-siri lain setiap episod bermula kisahnya dengan bersinambung daripada penghujung episod sebelumnya, dalam siri ''KAMI'' episod-episodnya dilihatkan bertindan dengan satu sama lain dalam kesinambungan yang sama. Maka, adanya sebilangan adegan yang diulang tayang dalam episod yang berlainan untuk membantu penceritaan. Lima episod terawal mengisahkan peristiwa hidup kelima-lima watak utama yang berlaku lebih kurang serentak, mulai dengan kisah Lyn di episod pertama diikuti dengan kisah setiap watak lain yang turut menyisipkan beberapa minit kisah Lyn selepas peristiwa dalam episod pertama itu. (Lihat [[#Adegan yang bertindan|Adegan yang bertindan]])

{| class="wikitable"
|- bgcolor="#CCCBCC"
Baris 67 ⟶ 69:
|1
|[[5 September]] [[2007]]
|Semata-mata untuk mengendali ''fanzine'' ''KAMI'' serta menggantikan komputernya, Lynn bersusah-payah untuk mendapat wang, sehingga sanggup mengadakan "[[tuisyen]]" haram dan membeli dadah. Ketika menghadiri ''gig'' yang dipersembahkan oleh kumpulan [[Bittersweet]] di dalam satu kelab istirahat [[Paul's Place]], ibunya terjumpa dadah dalam almari bilik anaknya sendiri.
|[[Bittersweet]] (dalam cerita)
[[Meet Uncle Hussain]] (penutup)

|2
|[[12 September]] [[2007]]
|Ali dipindahkan ke sekolah baru yang pelajarnya semua lelaki, dan bercadang untuk menubuhkan satu kumpulan muzik di kalangan pelajar sekolah itu, lebih-lebih lagi menjelang satu pertandingan bakat. Pada hari pertandingan, Ali membalas ejekan seorang penonton dengan bergaduh dengannya ketika kumpulannya tengah bermain. Akhirnya, apabila mereka menjalani hukuman bersama mereka mula menjalinkan hubungan erat melalui minat yang sama—muzik.
Peristiwa episod 2 berlaku serentak dengan peristiwa episod 1. Sementara itu, Lyn terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur bersama ibunya yang baru menjumpai dadah dalam almari Lyn.
|[[Bittersweet]] (dalam cerita, penutup)

|3
|[[19 September]] [[2007]]
|Hubungan Sofie dengan Zarul, seorang lelaki yang ditetapkan oleh ibu bapa Sofie sebagai teman lelakinya, mula retak setelah Zarul melakukan perkara yang menjelikkan Sofie dalam kereta. Tambahan lagi, ibu bapa Sofie pula bercerai — perceraian kedua untuk ibunya. Maka, Sofie mula bertemankan Ali, namun keadaan tidak bertambah baik.
Peristiwa tersebut berlaku sebelum dan serentak dengan peristiwa episod-episod 1 dan 2, selepas itu disusuli dengan yang berikut: Sofie meluahkan rasa tidak puas hati dengan merampas pentas di gig [[One Buck Short]],.
Sementara manakalaitu, Lyn bergaduh dengan Boy yang menjual dadah kepadanya.
|[[Bittersweet]] (dalam cerita)
[[One Buck Short]] (dalam cerita, penutup)

|4
|[[26 September]] [[2007]]
|Selama ini, Adii sering bergaul dengan seorang yang belum ditemunya secara muka ke muka, sebaliknya hanya melalui [[mesej segera]] di komputer. Mereka berdua berhasrat untuk bersemuka, namun hasrat itu gagal dicapai. Lebih-lebih lagi, Adii tersilap sangka seorang pemuzik di kelab sebagai taman atas taliannya itu. Nampaknya di sebelah lain talian merupakan dua orang jejaka yang kelihatan berkongsi satu nama samaran, termasuk Abu. Lama-kelamaan Abu dan Adii kian mesra sesama sendiri.
Lyn pula membantu ibunya bersiap untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
|[[Bittersweet]], [[One Buck Short]] (dalam cerita)
[[Reza Salleh]] (penutup)

===Adegan yang bertindan===
;Episod 1–5:(i) Adii dan Sofie berceloteh di taman apabila Ali dan Abu tiba. Sofie mengecam rupa Abu sebagai pencuri cakera padat di kedai muzik sebelum itu. Namun, mereka berempat terus mengenali sesama sendiri dan berpakat untuk ke gig Bittersweet di Paul's Place.
(ii) Empat sekawan tersebut berseronok di gig Bittersweet yang turut dihadiri Lyn. Ketika melompat-lompat dengan girang, Ali dengan tidak sengaja menyebabkan telefon bimbit Lyn terjatuh lalu mengganggu perasaan Lyn.

==Pautan luar==