Quincy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 36:
Quincy mempunyai pelbagai artifak dan peralatan yang dapat membantu mereka.
 
*'''Umpan hollow''': Item ini kecil, berbentuk seperti syiling dan berfungsi untuk mengumpan hollow apabila dihancurkan. Apabila item ini digunakan oleh Uryū, umpan tersebut mempunyai kuasa yang cukup untuk menarik perhatian satu Menos Grande kelas Gillian dari Hueco Mundo. Tetapi, Uryū berkata bahawa umpan tersebut tidak sepatutnya begitu efektif.
 
*'''Gelang Quincy''' (装身具, ''soushingu''): Item ini diperkenalkan dalam babak Bount. Ia direka untuk meniru kuasa semula jadi seorang Quincy. Gelang ini berfungsi untuk menyerap zarah-zarah semangat dari persekitaran seperti yang dilakukan oleh mana-mana Quincy dalam pertarungan. Hanya mereka yang benar-benar mahir dalam membentuk dan mengawal zarah semangat mampu menggunakan gelang ini dengan baik. Apabila diaktifkan, ia membentuk satu busur besi di tangan penggunanya dan memberikan satu set pakaian Quincy yang bersesuaian dengan Quincy tersebut. Tetapi, gelang ini tidak stabil dan rapuh serta mudah pecah apabila digunakan secara berpanjangan. Busur yang dicipta itu pula mempunyai satu kelemahan yang besar; zarah semangat mesti dikumpul dan dicaj sebelum digunakan atau kuasa sebenar panah yang dibina tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selain itu, panah yang dilepaskan itu tidak mempunyai hala tuju yang pasti - kadang-kadang ia boleh terpesong dari targetnya. Tambahan pula, apabila panah dilepaskan pada tahap kuasa maksimum, ia boleh meletup sekaligus memusnahkan penggunanya dan apa-apa di sekitarnya. Uryū berjaya mengatasi kebanyakan daripada masalah yang dinyatakan di atas dengan memaksa busurnya menggunakan kuasa dalaman sendiri dan bukannya zarah semangat dari persekitaran.
 
*'''Salib Quincy''' (滅却十字, ''mekkyaku jūji''): Salib ini ialah kelengkapan wajib kepada seorang Quincy kerana ia berperanan menumpukan kuasa semangat Quincy tersebut bagi menyeru busurnya. Ia tidak semestinya berbentuk salib memandangkan salib Quincy kepunyaan Ryūken berbentuk bintang berbucu lima.
 
*'''Sarung tangan Sanrei''' (散霊手套, ''sanrei shutō''): Sarung tangan ini merupakan artifak Quincy yang berkuasa tinggi yang berfungsi meningkatkan keupayaan seorang Quincy secara mendadak. Tetapi, untuk mencapai tahap tersebut, satu sesi latihan yang sukar dan bahaya (memakai sarung tangan ''Sanrei'' selama seminggu sambil melepaskan anak panah secara berterusan) perlu dijalani untuk belajar menguasainya. Fungsi sarung tangan ini adalah meneraburkan zarah semangat di sekitarnya.
 
*'''Seele Schneider''' (魂を切り裂くもの, ''kon o kirisaku mono'', bermaksud yang menghiris semangat, bahasa German untuk "penghiris semangat"): Seele Schneider pada dasarnya adalah sebatang panah yang juga boleh berfungsi sebagai sebilah pedang dalam kombat jarak dekat. Ia lebih panjang daripada panah biasa dan berfungsi seperti gergaji rantai - zarah semangat bilahnya bergetar pada frekuensi yang amat tinggi dan boleh merenggangkan ikatan molekul di antara mana-mana jirim (asas binaannya ialah zarah semangat) supaya penggunanya dapat menyerap zarah semangat yang terbebas itu. Uryū menjelaskan bahawa dengan menggunakan Seele Schneider, kuasa semangatnya dapat ditingkatkan. Sebenarnya, Seele Schneider yang digunakan Uryū dicuri dari sebuah bilik simpanan di bawah hospital ayahnya.
 
*'''Tiub perak''' (銀筒, ''gintō''): Tiub perak ialah kapsul kecil berisi cecair yang menyimpan tenaga semangat dan digunakan oleh Quincy untuk menjampi sebagaimana seorang ''shinigami'' menggunakan ''kidō''. Jampi-jampi ini diaktifkan dengan kata-kata seruan tertentu.
 
*'''Perak yang disintesis oleh semangat''' (霊化銀, ''reika gin''): Digunakan oleh Ryūken untuk membina bilik rahsia di bawah hospitalnya yang digunakan sebagai pusat latihan anaknya.
 
*'''Kaca yang disintesis oleh semangat''' (霊化硝子 ''reika gurasu''): Seperti perak yang disintesis oleh semangat, kaca yang disintesis oleh semangat juga digunakan untuk membina bilik rahsia di bawah Hospital Karakura.
 
==Teknik tiub perak==
 
 
[[Kategori:Bleach]]
[[en:Quincy (Bleach)]]