Quincy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Virtual ailee (bincang | sumb.)
Baris 64:
 
==Teknik Quincy==
Quincy juga mempunyai teknik lain sebagai pelengkap kepada teknik penggunaan busur mereka.
 
*'''''Hirenkyaku''''' (飛廉脚, bermaksud "skrin layang/langkah malaikat"): Satu analogi kepada ''shunpo '' ''shinigami'' dan ''sonido'' arrancar, ''hirenkyaku'' Quincy membenarkan penggunanya bergerak ke sesuatu tempat dalam jarak dekat dengan sekelip mata; mengikut Uryū, kelajuan ''hirenkyaku'' mengatasi shunpo tetapi idea ini disanggah oleh [[Kurotsuchi Mayuri]]. Untuk menggunakan teknik ini, penggunanya perlu mengumpul zarah semangat di bawah tapak kakinya dan meluncur di atasnya ke destinasi yang diingini. Teknik ini juga boleh digunakan untuk terapung di udara. Mayuri pernah memuji Uryū kerana berjaya menguasai teknik ini pada usia yang begitu muda. Hal ini seolah-olah menekankan bahawa ''hirenkyaku'' tidak mudah untuk dipelajari.
 
*'''Ransōtengai''' (乱装天傀, bermaksud "boneka syurga buas"): Teknik peringkat tinggi ini membolehkan penggunanya mengawal anggota badannya dengan menggunakan bebenang tenaga semangat yang dikuasai oleh minda. Dengan menggunakan teknik ini, Quincy tersebut boleh mengawal badannya seperti boneka, termasuklah membenarkannya bergerak walaupun anggota tubuh sebenarnya telah lumpuh, patah atau tidak mampu bergerak lagi. Teknik ini pada asalnya dicipta untuk membolehkan Quincy uzur bertarung dengan lebih efektif dan nampaknya teknik ini jarang ditemui; Mayuri belum pernah bersemuka dengan seorang Quincy yang boleh menggunakan teknik ini walaupun telah mengkaji 2661 "spesimen" sebelum Uryū.
[[Kategori:Bleach]]