Buka menu utama

Perubahan

==Jenayah terhadap kemanusiaan==
Tindakan-tindakan yang diambil kerajaan tentera tidak berasas kerana tidak berlaku apa-apa rusuhan. Tiada harta awam dilaporkan rosak atau musnah akibat kesan langsung atau tidak langsung daripada demonstrasi sejak bermulanya. Lebih-lebih lagi tiada penentangan bersenjata terhadap kerajaan tentera Myanmar. Melainkan orang Burma dikelaskan sebagai "seperti binatang" (''sub-human''), [[Mahkamah Keadilan Antarabangsa]], [[Mahkamah Jenayah Antarabangsa]] dan [[PBB]] boleh mengambil tindakan terhadap pemimpin tentera [[Myanmars]] atau [[Burma]] atas tuduhan [[genosid]], [[jenayah terhadap kemanusiaan]] dan [[jenayah agresif]].
 
==Reaksi antarabangsa==
Sementara kebanyakan negara menyuarakan sokongan kepada protes dan menuntut junta untuk melaksanakan pembaharuan yang meluas, beberapa negara penting, seperti [[Republik Rakyat China]] dan [[India]] mengekalkan komitmen kepada pendirian tidak campur tangan dan juga menunjukkan sokongan yang tersirat kepada rejim.<ref>[http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/world/view_article.php?article_id=90622 Faced with Myanmar protests, China reaffirms nonintervention ] Inquierer.net, 25 September 2007.</ref><ref>[http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/world/view_article.php?article_id=90444 World urges restraint amid Myanmar protests]AFP, 25 September 2007.</ref>
 
===Sekatan===
Oleh sebab [[sekatan]] telah banyak menyusahkan warga Myanmar dan tidak pernah membuktikan keberkesanannya, negara-negara seperti [[Amerika Syarikat]] telah mencadangkan sekatan peribadi kepada pihak junta dan keluarga terdekat mereka. Tiada terdapat apa-apa tanda bahawa [[Republik Rakyat China|China]] dan negara-negara [[ASEAN]] sanggup menyertai sekatan peribadi meskipum ASEAN telah meminta sekatan dikenakan [[PBB]].
 
[[Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat]] mengumumkan sekatan terhadap 14 pegawai senior Myanmar. Antara yang disasarkan untuk sekatan termasuk ketua junta, Jen. Senior [[Than Shwe]], dan Naib Jen. Senior [[Maung Aye]]. Tindakan oleh Perbendaharaan akan membekukan mana-mana aset yang disimpan dalam bank atau institusi kawangan lain A.S. di bawah bidang kuasa A.S. oleh individu-individu terlibat. Arahan ini juga melarang mana-mana warga A.S. daripada berurus niaga dengan individu-individu yang dimaksudkan.
 
Pada [[27 September]], [[Kesatuan Eropah]] mula mempertimbangkan "sekatan diperkukuh yang disasarkan" terhadap junta tentera, sementara sekatan sedia ada sudah merangkumi skeatan senjata, pembekuan aset, dan larangan visa dan perdagangan. Tujuannya ialah untuk mendukung sekatan yang tidak memudaratkan orang ramai.<ref>[http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=aLXL8X4IobaI&refer=home Pressure Builds on Myanmar as Protesters Are Shot At (Update)]Bloomberg, 27 September 2007.</ref>
 
[[Perdana Menteri Australia|Perdana Menteri]] [[Australia]], [[John Howard]], mengesahkan laporan-laporan bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan sekatan kewangan yang disasarkan terhadap ahli-ahli junta tentera, serta kemungkinan memperkenalkan langkah lain untuk menyekat lagi pemimpin tentera itu.<ref>[http://www.abc.net.au/news/stories/2007/09/27/2045323.htm Howard flags sanctions against Burma]Australian Broadcasting Corporation News Online, 27 September 2007.</ref><ref>[http://www.smh.com.au/news/world/pm-launches-sanctions-against-junta/2007/09/27/1190486462513.html PM launches sanctions against junta]Sydney Morning Herald, September 27, 2007.</ref>
 
==Rujukan==
Pengguna awanama