Plagiat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
k Malekhanif telah memindahkan laman Ciplak ke Plagiat
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{otheruses4|pencabulan etika akademik dan penulisan|filem Malaysia|Ciplak (filem)}}
Menurut [[Kamus Dewan]], '''Plagiat''' atau '''ciplak''' atau '''plagiarisme''' bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=ciplak&domain=PRPM Maksud "Ciplak" oleh Dewan Bahasa dan Pustaka]</ref><ref>Dipetik daripada {{cite book | title = Library plagiarism policies | first = Vera | last= Stepchyshyn | coauthors = Robert S. Nelson | publisher = Assoc of College & Resrch Libraries | year = 2007 | isbn = 0838984169 | page = 65}}</ref> Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat menciplak, melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan. Sementara penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya, perkembangan [[Internet]], di mana rencana dipaparkan sebagai teks elektronik, menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui [[potong dan tampal]] sesuatu teks dari sesebuah laman web ke satu lagi laman.
 
Penciplakan bukanlah [[cetak rompak]]. Sementara kedua-dua istilah boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama, masing-masing membawa maksud yang berbeza. Cetak rompak bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara itu pula. penciplakan pula berkaitan dengan perbuatan memplagiat reputasi penulis yang dicapai melalui dakwaan penulisan yang palsu.