Alleycats: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Puteh Ilham (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Puteh Ilham (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31:
 
Pada tahun 1992, Alleycats melahirkan album studio berkonsepkan rock sepenuhnya iaitu ''Untukmu, ''namun album ini tidak diterbitkan oleh penerbit biasa mereka Eric Yeoh. Eric kembali buat kali terakhir menerbitkan album Alleycats iaitu ''Kucing Lorong ''pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Alleycats melahirkan sebuah album "tribute" dengan merakamkan semula lagu-lagu hits artis-artis tempatan, Singapura dan Indonesia yang popular sejak tahun-tahun 60-an hingga 80-an dengan cara mereka yang tersendiri, dan sesuai dengan usaha mereka tersebut, album ini diberi tajuk ''Interpretasi.''
 
M. Nasir kembali menyumbang lagu-lagu ciptaannya dalam album ''Alleycats 2001'', sekaligus bertindak selaku penerbit apabila Polygram diambil alih oleh Universal Music. Nasir dikahabarkan kini (2015) sediang giat mengusahakan penerbitan album studio terbaru Alleycats.
 
Kewujudan kumpulan ini dianggap penting kepada industri muzik Malaysia ketika itu. Sehingga hari ini mereka masih dianggap salah sebuah kumpulan muzik teragung dalam sejarah muzik Malaysia. Sungguhpun banyak mengalami perubahan dalam ahli-ahli hingga kini, namun mereka masih giat merakam dan membuat persembahan.