Belantik (buruj): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Baris 40:
'''Belantik''' dikenali sebagai ''Orion'' dalam bahasa Latin dan bahasa Yunani, iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba. Mengikut sudut pandangan di Eropah, empat buah [[bintang]] yang membentuk kerangka luar segi empat tepat [[buruj]] ini kelihatan seperti susuk tubuh manusia (dengan tambahan beberapa bintang lebih malap di luar segiempat ini); [[Bintang Tiga Beradik]] pula membentuk tali pinggang pemburu itu. Di bawah Bintang Tiga Beradik, terdapat pula beberapa buah bintang malap, kononnya membentuk pedang (atau sarung pedang) pemburu itu.
 
Dalam [[bahasa Tagalog]], buruj ini dipanggil '''Balatik''' manakala dalam [[bahasa Arab]], buruj ini dipanggil '''al-Ğawzāʾ''' ({{lang-ar|الجوزاء}}) yang bermakna "yang di tengah-tengah",<ref>Allen, R.H. (1963). Star Names: Their Lore and Meaning. NY: Dover Publications ISBN 0-486-21079-0</ref> tetapi juga dikelirukan dengan buru [[Kembar (buruj)|Gemini (Kembar)]], atau '''al-Ğabbār''' ({{lang-ar|الجبار}}) yang bererti "perkasa" atau "gergasi".
 
==Bintang utama di buruj Belantik==