Proton Perdana (generasi pertama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
''{{For|seluruh model kereta Proton Perdana|Proton Perdana}}''
 
{{Infobox Automobile
| name = Generasi pertama Proton Perdana
Baris 20 ⟶ 21:
| designer =
| predecessor =
| successor = [[Proton Perdana (generasi kedua)|Generasi kedua Proton Perdana]]
| aka =
}}
Baris 82 ⟶ 83:
Pada tahun 1997, Proton Perdana menggunakan [[enjin V6]] 2.0S 6A12. Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun [[2000]], Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Logo kedua Perdana mencontohi logo Kia Sephia. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE)<ref>[http://www.eon.com.my/eonace/ACE/html/products.htm "ACE >> Products"] - Laman rasmi Edaran Otomobil Nasional, [[24 Julai]] [[2008]]</ref>, anak syarikat EON.<ref>[http://www.eon.com.my/section.cfm?id=165 "Other Products & Services >> Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd"] - Laman rasmi Edaran Otomobil Nasional, [[24 Julai]] [[2008]]</ref> Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.
{{clear}}
 
=Kegunaan rasmi kerajaan=
Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan wajib daripada kalangan kereta kebangsaan. Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana dan [[Proton Waja|Waja]], Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklah [[Perdana Menteri Malaysia]]. Kecuali [[Sarawak]], Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.
 
=Kontroversi kos penyelenggaraan=
Kualiti buatan serta kos penyelenggaraan Perdana V6 Executive mula dipersoalkan berikutan satu kontroversi pada [[Julai]] [[2008]] apabila kerajaan negeri [[Terengganu]] pimpinan [[Barisan Nasional]] membeli 14 buah kereta [[Mercedes-Benz]] E200 Kompressor,<ref>[http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2008%2f7%2f20%2fnation%2f20080720192106 ''"Terengganu: Mercedes purchase was cost-cutting measure"''] - ''[[The Star]]'', [[20 Julai]] [[2008]]</ref> yang bertujuan untuk menggantikan kereta Perdana V6 Executive sedia ada sebagai kereta rasmi kerajaan negeri. Ketua Setiausaha [[Negeri Terengganu]], Mokhtar Nong menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berikutan kekurangan kebolehbergantungan Perdana, dengan mendakwa bahawa kereta-kereta Perdana tersebut memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, terutamanya pada [[transmisi]], semasa digunakan dalam perjalanan jauh. Dua daripada Perdana V6 tersebut memerlukan kos baik pulih masing-masing sejumlah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sejak 2004.
 
Proton menafikan tuduhan kos penyelenggaraan yang tinggi oleh kerajaan negeri Terengganu, dengan mengatakan kos penyelenggaraan berkala (penggantian minyak enjin dan penapis minyak) bagi Perdana ialah sekitar RM200. Kontroversi tersebut telah menyebabkan timbul tuduhan mengenai penyelewengan penyelenggaraan oleh kerajaan Terengganu,<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm "BPR siasat kos senggara Perdana V6 Terengganu"] - [[Utusan Malaysia]], [[24 Julai]] [[2008]]</ref> memandangkan kos penyelenggaraan berkala terkumpul pagi sebuah Perdana V6 biasa pada tempoh yang sama jauh lebih rendah seperti yang didakwa, serta berikutan tiada tuntutan waranti yang dibuat oleh kerajaan negeri sejak [[Oktober]] [[2004]] bagi salah sebuah kereta yang rosak.
 
[[Negeri Perak]] di bawah kepimpinan [[Pakatan Rakyat]] juga menyatakan perkara yang sama mengenai Proton Perdana, dan seterusnya telah membeli kereta-kereta Toyota Camry bagi menggantikan Perdana. Adalah dikatakan bahawa selepas 3 tahun kos menservis kereta tersebut sangat tinggi, maka membeli Toyota Camry boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri. Kerajaan Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan akan menggantikan kereta Perdana V6 sedia ada dengan kereta baharu jika perlu, dengan menyatakan perkara yang sama bagi kereta yang rosak, dengan kos baik pulih kereta yang rosak mencecah sehingga lebih kurang RM30,000.<ref>[http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2008%2f12%2f15%2fnation%2f2808023&sec=nation ''" Penang to switch to cheaper foreign cars, too"''] - ''[[The Star]]'', [[15 Disember]] [[2008]]</ref> Selangor juga telah melakukan perkara yang sama pada Januari 2009, dengan menggantikan kereta Perdana V6 dengan Camry. Kerajaan negeri [[Sabah]] telah membeli 38 buah kereta [[Volvo]] S80 sebagai pengganti kepada kereta Perdana sedia ada mereka.
 
=Lihat juga=
*[[Proton Perdana (generasi kedua)]]
 
=Rujukan=
{{reflist}}
Baris 88 ⟶ 103:
 
[[Kategori:Produk Proton|Perdana]]
[[en:Proton Perdana (first generation)]]