Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 41:
 
=== Pendedahan Diri ===
Perubahan ini amat merisaukan semua orang. Namun, pelajar-pelajarnya enggan untuk meninggalkannya. Atas permintaan mereka, Nimāi memulakan satu kumpulan Sankirtana.Tidak lama kemudian, pekan Nadia dibanjiri dengan nyanyian nama'Hari-bol'. Śrī Kṛṣṇa.
 
Selepas ini, Nimāi sering mengalami keghairahan rohani, sehingga orang menganggapnya tidak siuman dan gila. Namun, kesaktian rohani yang terserlah pada dirinya, mengubah sesiapa sahaja yang disentuhnya. Dengan sentuhan sucinya, Nimāi menggubah ramai orang yang beriman mahupun kafir. Śrīvās seorang yang beriman, Advaitācārya pula seorang pendeta dan ketua masyarakat Vaiṣṇava, pemerintah Muslim bernama Kāzi, dua orang samseng bernama Jagāi dan Madhāi ialah antara orang-orang bertuah yang menerima rahmat Nimāi. Demikian, Nimāi mendedahkan rahsia kelahirannya untuk menghidupkan semula iman dan cinta ketuhanan yang tertinggi.
Baris 91:
 
== Ajaran Caitanya Mahaprabhu ==
Macam manakah orang-orang duniawi boleh mendapat kebebasan? Caitanya berkata, "Seperti seorang isteri yang tidak setia berfikir tentang buah hatinya sambil hidup dengan keluarganya, lakukan kerja-kerja kamu dan dengan senyap sentiasa ingati Tuhan."
 
Pada penghujung hidupnya, Caitanya memanggil teman-temannya, Svarūp dan Rāmānanda Roy dan berkata: "''Dalam zaman Kali, Ubat yang paling mujarab ialah Sankirtana nama Kṛṣṇa. Ia sama seperti upacara korban dalam Veda. Seorang yang melakukan korban ini dengan bersungguh-sungguh akan mencapai Tapak Teratai Kṛṣṇa. Dengan Sankirtana, manusia boleh membebaskan diri daripada dosa dan dunia. Sankirtana menyucikan jiwa. Nyanyikan nama-Nya ketika makan, tidur, di sana, di sini, dan di mana-mana sahaja. Tidak ada had atau halangan untuk menyanyikan nama-Nya. Nama-Nya mempunyai segala kesaktian (Sarva-sakti)."''