Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 87:
Tanpa Caitanya, Vrindavan tentu telah kekal sebagai sebuah hutan rimba. Vrindavan yang wujud hari ini adalah hasil penemuan Caitanya dan pengikut-pengikutnya. Apabila Caitanya melawat Vrindavan, ia hanya sebuah hutan yang terbiar. Dengan kesaktian rohaninya, Caitanya mengenalpasti tempat-tempat berhubung dengan hidup Sri Krishna. Kemudian, dia mengarahkan pengikutnya, Sanātana Gosvāmin untuk membaikpulih dan membina tempat-tempat itu. Caitanya juga merupakan orang pertama yang memahami maksud Vrindavan Lila oleh Sri Krishna.<ref>Swami Saradananda, ''Sri Ramakrishna The Great Master'', Vol.1, ms.258</ref>
 
=== Memperkenalkan Bhakti dalamdalamTradisi tradisi kerahibanKerahiban ===
Sebelum Caitanya, kebanyakan golongan rahib mengikuti aliran Advaita [[Vedanta]] yang mengutamakan Ilmu. Di Benaras, rahib-rahib tradisional mempelajari teks Vedanta Sutras Badarayana dengan ulasan Sri Sankara. Semasa berada di Varanasi, Caitanya mengajar rahib-rahib ini bahawa maksud sebenar Vedanta Sutra Badarayana boleh difahami dengan menggunakan ulasan Badarayana sendiri. Menurut Chaitanya, Badarayana telah menulis Bhagavata Purana sebagai ulasan kepada Vedanta Sutranya. Oleh itu, golongan rahib digesa untuk mempelajari Bhagavata Purana demi memupuk Bhakti. Kehadiran Caitanya di Varanasi, mengubah ramai penduduknya untuk mengikuti jalan Bhakti.<ref>Swami Tapasyananda, '''Bhakti Schools of Vedanta','' p.289</ref>
 
=== MenyarankanMenghidupkan Premābhakti ===
Sumbangan utama Caitanya kepada dunia kerohanian ialah ajaran '''Madhura Bhava''' atau Premābhakti.<ref>Swami Saradananda, ''Sri Ramakrishna The Great Master'', Vol.1, ms.258</ref> Hidup Caitanya penuh dengan cinta dan kerinduan Radha untuk Krishna - secara teknikal, ini dikenali sebagai '[[Premābhakti]]'. Kebanyakan Vaishnava Acharya lain hanya merujuk kepada Premābhakti dengan teragak-agak. Namun, Caitanya menyarankannya sebagai Bhakti yang terunggul. Dengan menjalani kehidupan sebagai seorang rahib yang sejati, Caitanya menunjukkan bahawa Premābhakti boleh menjadi satu disiplin rohani yang suci dan bebas daripada hawa nafsu atau kāma sepenuhnya.<ref>Swami Harshananda, ''The Concise Encyclopaedia of Hinduism'' Vol.3 p.316</ref>Dalam hidupnya sendiri, Caitanya mengelakkan sebarang hubungan atau kaitan dengan kaum wanita. Malah, dia juga menegah pengikut-pengikut wanitanya untuk mendekatinya. Mereka hanya dibenarkan untuk melihatnya dari jauh. Pengikut-pengikutnya yang mengingkari disiplin ini, walaupun sedikit, dibuang daripada kumpulannya. Menurut [[Swami Vivekananda]], ''"Śrī Caitanya mempunyai semangat pelepasan yang kuat. Perempuan dan hawa nafsu tidak ada tempat dalam hidupnya."'' <ref>The Complete Works of Swami Vivekananda/Volume 5/Conversations and Dialogues/II - V Shri Surendra Nath Sen</ref>