Sri Krishna Caitanya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 7:
== Riwayat Caitanya Mahaprabhu ==
 
=== Kehendak Zaman ===
Navadvīp terletak lebih kurang 75 batu di utara [[Kolkata]], di sisir [[sungai Gangga|sungai Ganga]] di daerah Nadia. Dalam kurun ke-15, Navadvip merupakan sebuah pekan yang besar yang menjadi pusat perdagangan dan ilmu. Navya-Nyaya, sebuah sistem logik yang baru, yang telah lahir di Mithila, telah diperkenalkan di Nadia sebelum itu. Sistem ini telah diperkembangkan oleh ramai pendeta-pendeta, yang diketuai oleh Gangesa (lebih kurang 1200 Masihi). Penuntut-penuntut dari serata benua India, datang ke Navadvip untuk mempelajari Nyaya. Masyarakat Nadia yang kaya-raya menyokong dan membantu perkembangan ilmu di pekan ini.
 
Menjelang kurun ke-15, meskipun Nadia menjadi pusat ilmu pengetahuan, perkembangan kerohanian hampir telah terencat. Disebabkan pengaruhkejatuhan agama Tantra, arak dan daging menjadi satu kebiasaaan. Malah dalam kalangan pendeta Brahmin juga, agama telah menjadi hanya ritualisme yang hambar tanpa sebarang disiplin moral atau kerohanian. Pendeta-pendeta yang bongkak dengan ilmu, melupakan diri dengan arak dan keseronokankehidupan duniawiberfoya-foya. Meskipun agama Vaishnava merupakan agama utama di Nadia, cinta atau Bhakti kepada Tuhan telah dilupakan.
 
Keadaan ini amat menyedihkan seorang pencinta Tuhan yang sejati bernama Advaita Acharya. Beliau berdoa kepada Sri Krishna untuk mengembalikan cinta ketuhanan di hati penduduk Nadia. ''"Wahai Krishna, jika Kau menjelma semula,barulah manusia dapat diselamatkan!"'' demikian, Advaita Acharya sering berdoa. Mendengar doa ikhlas ini, Tuhan menjelma sebagai Śrī {{Templat:IAST|Caitanya Mahāprabhu}}.
Baris 88:
 
=== Memperkenalkan Bhakti dalamTradisi Kerahiban ===
Sebelum Caitanya, kebanyakan golongan rahib mengikuti aliran Advaita [[Vedanta]] yang mengutamakan Ilmu. Di Benaras, rahib-rahib tradisional mempelajari teks Vedanta Sutras Badarayana dengan ulasan [[Sankara|Sri Sankara]]. Semasa berada di Varanasi, Caitanya mengajar rahib-rahib ini bahawa maksud sebenar Vedanta Sutra Badarayana boleh difahami dengan menggunakan ulasan Badarayana sendiri. Menurut Chaitanya, Badarayana telah menulis Bhagavata Purana sebagai ulasan kepada Vedanta Sutranya. Oleh itu, golongan rahib digesa untuk mempelajari Bhagavata Purana demi memupuk Bhakti. Kehadiran Caitanya di Varanasi, mengubah ramai penduduknya untuk mengikuti jalan Bhakti.<ref>Swami Tapasyananda, '''Bhakti Schools of Vedanta','' p.289</ref>
 
=== Menghidupkan Premābhakti ===
Sumbangan utama Caitanya kepada dunia kerohanian ialah ajaran '''Madhura Bhava''' atau Premābhakti.<ref>Swami Saradananda, ''Sri Ramakrishna The Great Master'', Vol.1, ms.258</ref> Hidup Caitanya penuh dengan cinta dan kerinduan Radha untuk Krishna - secara teknikal, ini dikenali sebagai '[[Premābhakti]]'. Kebanyakan Vaishnava Acharya lain hanya merujuk kepada Premābhakti dengan teragak-agak. Namun, Caitanya menyarankannya sebagai Bhakti yang terunggul. Dengan menjalani kehidupan sebagai seorang rahib yang sejati, Caitanya menunjukkan bahawa Premābhakti boleh menjadi satu disiplin rohani yang suci dan bebas daripada hawa nafsu atau kāma sepenuhnya.<ref>Swami Harshananda, ''The Concise Encyclopaedia of Hinduism'' Vol.3 p.316</ref>Dalam hidupnya sendiri, Caitanya mengelakkan sebarang hubungan atau kaitan dengan kaum wanita. Malah, dia juga menegah pengikut-pengikut wanitanya untuk mendekatinya. Mereka hanya dibenarkan untuk melihatnya dari jauh. Pengikut-pengikutnya yang mengingkari disiplin ini, walaupun sedikit, dibuang daripada kumpulannya. Dengan mengajar keagungan nama Tuhan dan kepentingan hidup yang suci untuk menjadi kekasih Tuhan, Caitanya mengawal arus sensualisme yang melanda masyarakat ketika itu. Menurut [[Swami Vivekananda]], ''"Śrī Caitanya mempunyai semangat pelepasan yang kuat. Perempuan dan hawa nafsu tidak ada tempat dalam hidupnya."'' <ref>The Complete Works of Swami Vivekananda/Volume 5/Conversations and Dialogues/II - V Shri Surendra Nath Sen</ref>
 
=== Permulaan Tradisi Bhakti ===
Tradisi yang dimulakan oleh Caitanya diikuti dengan ketat oleh enam orang pengikutnya di Vṛndāvan. Enam Gosvāmīs (Ketua kuil) ini ialah Rūpa, Sanātana, Jīva, Gopāla Bhatta, Raghunātha Bhatta dan Raghunātha Dās. Selepas zaman Caitanya, Vṛndāvan di utara, Navadvīp, Bengal di timur dan Purī di tenggara menjadi pusat Caitanya Vaiṣṇavisme. Ketiga-tiga pusat ini melahirkan tradisi keagamaan dan teologi yang agak berbeza.
 
Di Bengal, pergerakan Vaiṣṇava berkembang lebih seperti sebuah kultus Caitanya, berbanding satu tradisi agama Sri Krishna. Sumbangan utama pergerakan ini ialah perkembangan muzik suci atau Kīrtan yang diiringi dengan mainan peralatan muzik dan tarian.
 
Kelemahan manusia biasa untuk memahami iman yang sebenar, secara beransur-ansur menyebabkan kejatuhan akhlak yang seterusnya menyebabkan amalan-amalan serong. Beberapa tradisi yang yang tidak bermoral tumbuh seperti Sahajīyas, Kartābhajas, Vairāgi-Vairāgiṇīs dan sebagainya.<ref>Swami Harshananda, ''The Concise Encyclopaedia of Hinduism'' Vol.3 p.316</ref> Namun, kurun ke-19 telah membawa pembaharuan dalam tradisi Bhakti. Pergerakan ini telah berkembang ke negara-negara Barat disebabkan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin Kesedaran-Krishna yang dikenali sebagai '''[[Iskcon]]'''. Demikian, usaha Caitanya untuk menukar Premābhakti kepada satu pergerakan besar telah berkembang dari sempadan India ke seluruh dunia.
 
== Ajaran Caitanya Mahaprabhu ==