Łukasz Piszczek: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Berbeza (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Łukasz Piszczek | image = 280px | image_size = | capti...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 21:28, 1 Mei 2015

Łukasz Piszczek (sebutan Poland: [ˈwukaʂ ˈpʲiʂt͡ʂɛk]; lahir 3 Jun 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Poland yang bermain untuk kelab Bundesliga, Borussia Dortmund sebagai pertahanan kanan. Dia sebelum ini bermain untuk Hertha BSC dan Zagłębie Lubin. Dia telah membuat lebih daripada 30 penampilan untuk Poland di peringkat antarabangsa sejak tahun 2007.

Łukasz Piszczek
Piszczek pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1985-06-03) 3 Jun 1985 (umur 38)
Tempat lahir Czechowice-Dziedzice, Poland
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)
Posisi permainan Pertahanan kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 26
Kerjaya remaja
LKS Goczałkowice-Zdrój
2001–2004 Gwarek Zabrze
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2010 Hertha BSC 68 (3)
2004–2007Zagłębie Lubin (pinjam) 69 (14)
2010– Borussia Dortmund 133 (9)
Pasukan kebangsaan
2007– Poland 39 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Februari 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2014

Karier kelab

Gwarek Zabrze

Piszczek memulakan kariernya sebagai seorang penyerang. Pada tahun 2001, dia menyertai Gwarek Zabrze, dimana dia banyak memecahkan rekod jaringan di peringkat junior dan pada tahun 2003 dia memenangi kejohanan remaja Poland.[1] Pada tahun 2004, dia menjadi penjaring terbanyak di Kejohanan Eropah B-19 (bersama Ali Öztürk).

Hertha BSC

 
Łukasz Piszczek di Hertha BSC pada tahun 2009

Hertha BSC tertarik dengan persembahan lalu menandatanginya. Dia kemudiannya dipinjamkan ke Zagłębie Lubin. Dengan Zagłębie, dia memenangi kejuaraan liga semasa musim 2006–07. Di Zagłębie, dia terutamanya bermain sebagai pemain sayap kiri dalam formasi 4–3–3 (bersama Wojciech Łobodziński di sayap kanan dan Michał Chałbiński di tengah). Dia juga sering diletakkan sebagai penyerang. Dia menjaringkan 11 gol pada musim 2006–07, menjadi penjaring kedua terbanyak kelab dibelakang Chałbiński (13 gol).

Pada musim luruh tahun 2007, Hertha memanggilnya semula. Piszczek menjaringkan gol pertamanya dalam Bundesliga pada 26 April 2008 untuk membantu kelabnya memperoleh mata ketika menentang Hannover 96.

Piszczek terlepas kebanyakan separuh pertama musim 2008–09 akibat masalah pinggul yang memerlukan pembedahan.[2] Dia mula berlatih semula pada bulan Februari 2009 tetapi pada bulan Mac dia mengalami kecederaan kecil lutut.[3] Dia kembali beraksi dalam Bundesliga pada bulan April. Di Hertha, Piszczek bermain di posisi tengah atau sayap kiri, tetapi ketika musim keduannya dia mula beraksi sebagai pertahanan kanan akibat kecederaan Arne Friedrich. Selepas Friedrich sembuh, Piszczek kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama, tetapi mendapat tempatnya semula pada musim 2009–10, selepas Friedrich berpindah ke posisi pertahanan tengah.

Borussia Dortmund

 
Łukasz Piszczek

Pada 19 Mei 2010, Piszczek berpindah ke Borussia Dortmund secara perpindahan percuma, menandatangani kontrak sehingga bulan Jun 2013.[4] Pada 26 Julai 2011, dia menandatangani kontrak lanjutan untuk mengekalkan di kelab itu sehingga bulan Jun 2016.[5] Pada 24 September 2011, dia menjaringakn gol pertama untuk kelab barunya, gol pada minit-minit akhir ketika menang ke atas Mainz 2–1.[6]

Karier antarabangsa

 
Łukasz Piszczek bermain untuk Poland

Piszczek membuat penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Poland ketika perlawanan persahabatan menentang Estonia pada 3 Februari 2007. Pada 6 Jun 2008, dia dimasukkan ke dalam skuad Poland untuk Euro 2008, untuk menggantikan Jakub Błaszczykowski yang cedera. Dia membuat satu penampilan, masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Jerman, tetapi cedera ketika sesi latihan untuk perlawanan seterusnya.[7]

Pada 29 Julai 2011, PZPN mengenakan penggantungan enam bulan terhadap Piszczek kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan Cracovia 2006 dimana dia tidak bermain dalam perlawanan tersebut.[8] Pada bulan September 2011, penggantungan itu telah dibatalkan.

Piszczek bermain ketiga-tiga perlawanan Poland semasa kempen Euro 2012 dan beraksi cemerlang ketika perlawanan pembukaan Poland menentang Greece.

Piszczek menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Ukraine pada 22 Mac. Empat hari kemudian, dia menjaringkan gol keduanya ketika menentang San Marino.

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 22 Mac 2013 Warsaw, Poland   Ukraine 1–2 1–3 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
2. 26 Mac 2013 Warsaw, Poland   San Marino 2–0 5–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Kejayaan

Kelab

Zagłebie Lubin
Borussia Dortmund

Rujukan

  1. ^ Czado, Paweł (6 June 2008). "Łukasz Piszczek: szczęście w roli głębokiego zmiennika". Gazeta Wyborcza Katowice (dalam bahasa Polish). Dicapai pada 24 April 2009. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Poważne kłopoty kadrowicza Beenhakkera". Fakt (dalam bahasa Polish). 20 January 2009. Dicapai pada 6 March 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati]
  3. ^ Heise, H. (7 March 2009). "Piszczek: "Ich hatte Angst um meine Karriere!"". Berliner Kurier (dalam bahasa German). Dicapai pada 7 March 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati]
  4. ^ Fligge, Sascha (19 May 2010). "BVB: holt Lukasz Piszczek". Ruch Nachrichten (dalam bahasa German). Dicapai pada 19 May 2010. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Piszczek agrees extension". SkySports. 26 July 2011. Dicapai pada 3 August 2011.
  6. ^ "Mainz 1-2 Borussia Dortmund". ESPN FC. 24 September 2011. Dicapai pada 3 May 2013.
  7. ^ Milosavljevic, Zoran (12 June 2008). "Piszczek out of Poland's game v Austria". Reuters. Dicapai pada 6 March 2009.
  8. ^ "Piszczek zawieszony na pół roku". Rzeczpospolita (dalam bahasa Polish). 29 July 2011. Dicapai pada 3 August 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar