Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 51:
ketika ibunya menanti ajalnya.
 
=== Kehidupan Rahib ===
Demikian, ketika berusia lapan tahun, Śaṇkara menjadi seorang rahib. Seterusnya, Śaṇkara memulakan satu perjalanan yang jauh ke sisir sungai Narmada untuk berjumpa dengan Mahaguru Govinda Bhagavatpāda. Beliau merupakan seorang rahib terkenal zaman itu dan dipercayai sebagai jelmaan (Avatara) Ādiśesa. Govinda Bhagavatpāda dengan kesaktian yoganya telah mengetahui tentang kedatangan Śaṇkara. Beliau menerima Śaṇkara sebagai pelajarnya dan melatihnya dalam falsafah Advaita. Selepas pendidikan selama tiga tahun, atas arahan Mahagurunya, Śaṇkara bertolak ke Kāśī, pusat segala ilmu.
 
Śaṇkara memulakan asramanya di Kāśī dan mengajar falsafah Advaita Vedanta. Ramai pelajar-pelajar dari serata benua India berkumpul di asramanya. Beberapa orang dalam kalangan mereka menjadi pengikut setia Śaṇkara. Antaranya, Sanandana (kemudian dikenali sebagai Padmapāda) - salah seorang daripada empat pengikut utama Śaṇkara.
 
Antara peristiwa penting dalam hidup Śaṇkara yang berlaku di Kāśī ialah pertemuannya dengan Dewa Viśwanātha (Śiva) yang muncul sebagai seorang banjingan. Peristiwa ini menghapuskan saki-baki kejahilan Śaṇkara dan menjadikannya seorang Mahaguru yang tiada tandingan dan insan yang sempurna. Seterusnya, atas arahan Dewa Viśwanātha, Śaṇkara bertolak ke Badarīnātha, sebuah tempat suci di pergunungan Himālaya. Beliau membaiki semua sebuah kuil lama Nārāyan̩a dan memperkenalkan sistem pemujaan yang teratur. Di Badarīnātha juga Śaṇkara menghasilkan ulasan Brahmasūtras (dikenali sebagai Brahmasūtras BhasyaBhāṣya). Penulis asal karya Brahmasūtras, Muni Vyāsa sendiri dikatakan telah mengesahkan dan memuji ulasan Śaṇkara.
 
== Falsafah SankaraŚaṇkara ==
 
=== Alam Semesta ===
Baris 84 ⟶ 85:
hidupan. Ini ialah falsafah Advaita atau sistem monistik. 
 
 == LihatSumbangan jugaŚaṇkara ==
Śaṇkara merupakan seorang penulis yang prolifik. Beliau telah meninggalkan banyak karya-karya yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: Bhāṣya, Prakaraṇa, dan Stotra.
 
== Lihat juga ==
* Sri [[Ramakrishna]] 
* [[Swami Vivekananda]]