Musa bin Nusair: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Baris 9:
Nusayr bukan sahaja mendidik anaknya supaya patuh kepada ajaran islam.Beliau juga selalu menceritakan kepada anaknya itu kisah-kisah kepahlawanan Saad bin Abi Waqas,Abu Ubaidah al-jarrah dan Khalid al-walid.Beliau juga diasuh dan dilatih dengan ilmu berperang dan kemahiran menuggang kuda.Oleh itu,Musa akhirnya membesar dengan peribadi yang mulia serta memiliki sifat kepahlawanan.
 
Musa bin Nusayr memulakan perkhidmatannya ketika Marwan bin Hakam menjadi khalifah.Ketika itu khalifah Marwan terpaksa menghadapi penentangan Abdullah bin Zubair dan saudaranya Mus'ab bin Zubair.Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Sayidatina Asma' binti Abu Bakar dan anak saudara kepada Sayidatina Aisyah,Ummul Mukminin.Beliau mendapatkan soskongansokongan yang meluas dan cuba merampas kekuasaan kerajaan Bani Umaiyah yang sebelum ini telah dirampas oleh Muawiyah daripada Sayidina Ali dan anaknya Sayidina Hassan.Ketika itu sebahagian besar wilayah yang dahulunya di bawah kekuasaan kerajaan Bani Umaiyah telah jatuh ke tangan Abdullah bin al-Zubair termasuklah Mesir.
 
Khalifah Marwan telah menghantar satu angkatan perang di bawah pimpinan anaknya Abdul Aziz yang kemudian hari Abdul Aziz ini mempunyai anak yang bernama Umar bin Abdul Aziz yang akan menjadi pemerintah terkenal dengan keadilan dan zuhud.Turut serta berperang bersama Abdul Aziz ialah Musa bin Nusayr.Pasukan di bawah Abdul Aziz telah berjaya menumpaskan pasukan tentera yang berpihak kepada Abdullah bin Zubair lalu menjadi gabenor mesir.Abdul Aziz melantik Musa bin Nusayr menjadi salah seorang penasihatnya.