Sankaracharya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
[[File:Raja Ravi Varma - Sankaracharya.jpg|thumb|374x374px|Sankara bersama-sama pengikutnya]]
Penulisan Śaṇkara dalam bahasa Sanskrit telah memberikan asas yang kukuh untuk doktrin Advaita Vedanta. Beliau juga telah menulis ulasan-ulasan Upanishad, Brahma Sutras dan Bhagavad Gita (ketiga-tiga kitab ini dikenali sebagai Prasthanatraya). Penulisan Śaṇkara menentang ajaraajaran-ajaran falsafah Mimamsa dan beberapa mazhab Samkhya dan mazbah Buddha.
 
Śaṇkara merantau di seluruh benua India untuk menyebarkan falsafahnya melalui perbincangan dan perdebatan dengan pemikir-pemikir lain. Beliau juga memberikan nafas baharu kepada kehidupan rahib atau Samnyasa dengan mengasaskan tradisi rahib Dashanami. Śaṇkarajuga dikatakan sebagai pengasas empat biara yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan semula Advaita Vedanta.
Baris 58:
Antara peristiwa penting dalam hidup Śaṇkara yang berlaku di Kāśī ialah pertemuannya dengan Dewa Viśwanātha (Śiva) yang muncul sebagai seorang banjingan. Peristiwa ini menghapuskan saki-baki kejahilan Śaṇkara dan menjadikannya seorang Mahaguru yang tiada tandingan dan insan yang sempurna. Seterusnya, atas arahan Dewa Viśwanātha, Śaṇkara bertolak ke Badarīnātha, sebuah tempat suci di pergunungan Himālaya. Beliau membaiki semua sebuah kuil lama Nārāyan̩a dan memperkenalkan sistem pemujaan yang teratur. Di Badarīnātha juga Śaṇkara menghasilkan ulasan Brahmasūtras (dikenali sebagai Brahmasūtras Bhāṣya). Penulis asal karya Brahmasūtras, Muni Vyāsa sendiri dikatakan telah mengesahkan dan memuji ulasan Śaṇkara.
 
=== Lawatan ke Seluruh India ===
Seterusnya, Śaṇkara bertolak ke India Selatan, mengalahkan dan menukar pendeta-pendeta falsafah lain seperti Maṇḍana Miśra.
Seterusnya, Śaṇkara bertolak ke India Selatan, mengalahkan dan menukar pendeta-pendeta falsafah lain seperti Maṇḍana Miśra. Śaṇkara juga berjaya menukar beberapa kumpulan Kāpālika di Śriīśaila (kini di negeri Andhra Pradesh) dan Gāṇapatya di Gokarṇa (di Karnataka) yang mengamalkan amalan-amalan yang keji.
 
Sementara itu, Śaṇkara mendapat tahu (dengan kuasa yoganya) bahawa ibunya sedang tenat. Seperti yang telah dijanjikannya, Śaṇkara melawat ibunya dan atas permintaan ibunya, Śaṇkara menyanyikan sebuah Stotra. Ibunya meninggal dunia dengan melihat rupa Dewa Vīṣṇu. Apabila penduduk Kalaḍi memukaunya dan enggan membantunya melakukan upacara pembakaran jasad ibunya, Śaṇkara seorang diri melangsungkan upacara pembakaran jasad ibunya.
 
Selepas merantau di India Selatan dan mendapat dua orang pengikutnya, Hastāmalaka dan Toṭaka, Mahaguru Śaṇkara bertolak ke utara sehingga ke Kashmir. Selepas mengalahkan semua pendeta-pendeta daripada pelbagai mazhab, Śaṇkara menaiki takhta Ilmu, Sarvajñapīṭha di kuil Sarasvatī.
 
Semasa merantau di seluruh India, Śaṇkara telah menubuhkan empat buah Maṭha atau biara di empat tempat utama iaitu di Purī, Śṛṅgerī, Dvāraka dan Joṣimaṭha. Beliau juga melantik empat orang pengikut utamanya sebagai ketua biara-biara ini. Demikian, Śaṇkara membentuk tradisi kerahiban yang berpanjangan untuk meneruskan dengan kerja-kerja yang telah dimulakannya. Rajah berikut menunjukkan butiran empat biara ini:
 
{| class="wikitable"
!No.
!Nama
!Tempat
!Ketua Pertama
|-
|1
|Śāradā Maṭha
|Śṛṅgerī
|Sureśvara
|-
|2
|Kālikā Maṭha
|Dvārakā
|Hastāmalaka
|-
|3
|Jyotir Maṭha
|Badarī
|Toṭaka
|-
|4
|Govardhana Maṭha
|Purī
|Padmapāda
|}
 
Śaṇkara berjaya menghidupkan semula agama Veda dengan penulisan dan propaganda luasnya mengenai prinsip-prinsip falsafah yang kukuh.
 
Kesudahan
 
Menurut kepercayaan popular, Śaṇkara telah memasuki sebuah gua bernama Dattātreyaguhā di Himālaya berdekatan Badarī dan hilang selama-lamanya. Menurut versi lain yang masih berterusan ialah, Śaṇkara telah menubuhkan sebuah lagi biara di Kāñcīpuram (di Tamil Nadu) bernama Kāmakoṭipīṭha dan di sana sehingga kematiannya. Kontrovesi mengenai ini tidak dapat diselesaikan kerana tiada bukti kukuh.
 
== Falsafah Śaṇkara ==