Sejarah kereta kebal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
== Pembangunan ==
Perang Dunia I menghasilkan permintaan bagi senjata perisai bergerak sendiri yang boleh mengemudi apa-apa jenis bentuk muka bumi, yang membawa kepada pembangunan kereta kebal. Kelemahan besar kereta kebal terdahulu, iaitu kereta perisai , adalah bahawa ia memerlukan kawasan permukaan muka bumi yang bata untuk bergerak, dan perkembangan baru diperlukan bagi keupayaan merentas desa. <ref name="Gudmundsson">{{cite book |first=Bruce I. |last=Gudmundsson |title=On Armor |publisher=Greenwood Publishing Group |year= 2004|ISBN=0-275-95019-0 |url=http://books.google.com/books?id=nWyNNMUM0K4C}}</ref>{{rp|35}}
 
Kereta kebal pada asalnya direka sebagai senjata khas untuk menyelesaikan keadaan taktikal yang luar biasa: iaitu kebuntuan di medan pertempuran di Barisan Barat. "Ia merupakan satu senjata yang direka untuk satu tugas yang mudah: menyeberangi zon pembunuhan. antara garis perparitan dan menembusi masuk garisan pertahanan musuh."<ref>Williamson Murray, "Armored Warfare: The British, French, and German Experiences," in {{cite book |title= Military Innovation in the Interwar Period|edition=|editor1-first= Williamson|editor1-last= Murray|editor2-first= Allan R|editor2-last= Millet |year= 1996|publisher= Cambridge University Press|location= New York|isbn= 0-521-63760-0|page= 6}}</ref> Kereta kebal berperisai bertujuan untuk terselamat dari bedilan meriam dan tembakan mesin-gun, dan melepasi melalui kawat berduri dengan cara yang unit infantri tidak mampu melakukannya, sekali gus membolehkan kebuntuan untuk dileraikan.
 
Tidak ramai menyedari semasa Perang Dunia I bahawa cara untuk kembali pada pergerakan dan tindakan kejutan semasa pertempuran telah hadir dalam peranti yang ditakdirkan untuk merevolusikan peperangan di darat dan di udara. Ini adalah enjin pembakaran dalaman, yang telah membolehkan pembangunan kereta kebal dan akhirnya akan membawa kepada daya mekanikal yang akan mengambil alih peranan lama kuda dan melonggarkan cengkaman mesin-gun di medan perang. Dengan meningkat senjata api dan perlindungan, kuasa mekanikal ini hanya kira-kira 20 tahun kemudian, menjadi perisai Perang Dunia II. Apabila merima bergerak sendiri, kenderaan pembawa anggota berperisai, kenderaan kargo beroda, dan penerbangan sokongan - kesemuanya dengan sistem komunikasi yang mencukupi - telah digabungkan untuk membentuk division berperisai moden, komander memperolehi kembali keupayaan pergerakan.
 
Banyak konsep kenderaan berperisai pelbagai muka bumi telah dibayangkan buat masa yang lama. Dengan kehadiran peperangan parit semasa Perang Dunia I, pembangunan kereta kebal sebahagian besarnya selari dan bertepatan pada masanya oleh pihak Bersekutu Perancis dan British.<ref>[http://books.google.com/books?id=Ah4cfjAHMm0C&pg=PA381 ''Collision of empires'' Arnold D. Harvey p.381]</ref>
 
 
==Nota==