Dinasti Qing: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 84:
== Sejarah ==
=== Penubuhan negeri Manchu ===
[[Fail:Flag_of_the_Qing_dynasty_Flag of the Qing Dynasty (1862-1889).pngsvg|thumb|left|Bendera Wangsa Qing, 1862–1890]]
Dinasti ini bukan ditubuhkan oleh [[bangsa Han|bangsa ]]Cina sebaliknya ditubuhkan oleh kaum [[Manchu]] yang pada zaman sekarang sekelompok etnik minoriti di [[China]]. Orang [[Manchu]] merupakan keturunan sekelompok [[orang Tungus]] yang berdiam di sekitar rantau yang kini merangkumi wilayah [[Primorsky Krai]], [[Rusia]] dan wilayah [[Heilongjiang]], [[China]]. Penubuhan yang kemudiannya bergelar negeri [[Manchu]] itu ditubuhkan oleh [[Nurhachi]], ketua sebuah puak [[Jurchen]] kecil di ''Jianzhou'' ({{lang|zh|建州}}), pada wala abad ke-17. Mula-mulanya seorang vasal [[Dinasti Ming]], [[Nurhaci]] pada tahun 1582 memulakan satu perbalahan antara puak yang berkembang menjadi satu kempen penyatuan puak Jurchen Jianzhou. Menjelang tahun 1616 beliau menggabungkan rantau Jianzhou dengan secukupnya agar mengisytiharkan diri beliau sebagai [[Khan]] 'Jin Agung' yang menyentuh wangsa [[Jurchen]] sebelumnya. Ahli-ahli sejarah menggelar entiti pra-Qing ini sebagai 'Jin Akhir' untuk membezakannya daripada [[Dinasti Jin]] pertama. Dua tahun kemudian [[Nurhachi]] secara terbukanya meninggalkan ketuanan kedaulatan Wangsa Ming agar dapat melengkapkan penyatuan puak-puak [[Jurchen]] yang masih bersekutu dengan Dinasti Ming. Selepas serantaian pertempuran yang memihak kepada beliau, Nurhaci memindahkan ibu negerinya dari Hetu Ala ke kota-kota Wangsa Ming yang lebih besar secara berturut-turut di wilayah [[Liaodong]] (遼東), [[Liaoyang]] pertama (遼陽; [[bahasa Manchu]]: ''dergi hecen'') pada tahun 1621 dan sekali lagi pada tahun 1625 ke [[Shenyang]] (沈陽; dinamakan semula sebagai Shengjing; {{lang-zh|盛京}}; [[bahasa Manchu]]: ''Mukden'').