Julie Dahlan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
 
[[Imej:Juliedahlan01.jpg|thumb|right|Julie Dahlan]]
'''Junaidah Dahlan''' atau lebih dikenali sebagai ''Julie Dahlan'' merupakan seorang pelakon dan seorang penerbit filem terkenal di [[Malaysia]].
 
Beliau popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).
 
Beliau melalui syarikat produksi miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan (1996).
 
Julie dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang tahap kronik perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu setelah keadaan beliau semakin serius hampir setahun. Pada masa sama beliau turut mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013.
 
Julie Dahlan meninggal dunia di Hospital Ampang pada 7.30 malam, 30 April 2015. Menurut anaknya, Hani Nur Zara, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate.
 
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki, Hairi Harmi, dan seorang anak perempuan, Hani Nur Zara Harmi.
 
Sementara itu, penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham seorang yang berpendirian tegas dalam industri penerbitan dan dunia hiburan tanah air hingga pernah digelar 'Iron Lady'.
 
==Kerjaya==