Yamaha RX-Z: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q516132
Baris 50:
 
== Sepintas lalu ==
Mula dikeluarkan pada tahun 19871985, Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan [[brek cakera]] tidak berlubang. Model ini berkongsi platform serta kerangka dengan pendahulunya, [[Yamaha RD125]] sejukan cecair. Sebaik sahaja selepas pelancarannya, model RX-Z menjadi popular di kalangan penunggang muda terutamanya di [[Malaysia]]. Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.
 
Sejak itu, reka bentuk RX-Z tidak berubah sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru, dengan lampu belakang yang menyerupai [[Yamaha Y125Z]]. Model RX-Z yang diperbaharui dilengkapi [[penukar bermangkin]], mengorbankan 1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). Walau bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu. Beberapa pemilik motosikal RX-Z keluaran terdahulu mungkin menghadapi masalah semasa memulakan perjalanan kerana enjin mudah mati apabila penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak dalam gear satu. Walau bagaimanapun, masalah tersebut telah diselesaikan pada model yang lebih baru ini.