Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 71:
Ajaran Upanishad, secara umumnya boleh dibahagikan begini: Brahman sebagai sumber alam ini, sifat Brahman, evolusi dunia dan sifat-sifat benda-benda hidup sebagai jiwa individu dan perhubungan mereka dengan Brahman, kehidupan jiwa dan kelahiran semulanya, matlamat akhir kehidupan, dan jalan untuk mencapai matlamat akhir itu, dan keadaan selepas mencapai matlamat akhir itu.
 
Upanishad tidak memberikan satu gambar yang seragam mengenai pelbagai subjek yang dibincangkannya, Menurut tradisi, seluruh kumpulan Upanishad dianggap sebagai satu karya sastera iaitu Sruti. Oleh itu, adalah penting untuk menyusun semula ajaran Upanishad untuk memberikan gambaran yang lebih seragam. Inilah yang dilakukan oleh Badarayana yang menghasilkan Brahmasutras.
 
Menurut Swami Vivekananda, "''Sebarang
sistem di India yang tidak mematuhi Upanishad tidak boleh dipanggil sebagai orthodoks.
Malah, sistem orang Jain dan orang Buddha telah dibuang dari bumi India hanya
kerana mereka enggan menerima Upanishad."''
 
== Brahmasutra ==
Baris 129 ⟶ 134:
Ilmu yang Praktikal
 
Satu lagi kehebatan Vedanta ialah ia cuba untuk mendapatkan hasil ilmu Kebenaran dalam kehidupan ini, dan bukannya di dunia akhirat atau selepas kematian.Apa yang penting ialah pengetahuan Vedanta membawa hasil dalam kehidupan manusia pada masa ini. Oleh itu, ajaran ini menekankan kehidupan berdisiplin dan bermoral. Malah, tanpa mengamalkan kehidupan yang bermoral, seseorang tidak boleh memahami falsafah Vedanta.
 
Swami Vivekananda berkata, ''“Saya
berani mengatakan ini -  Vedanta,
falsafah daripada Upanishad merupakan pemikiran rohani yang pertama dan
muktamad yang pernah dikurniakan kepada manusia.”''
 
== Pautan Luar ==