Perbezaan antara semakan "Sofbol"

5 bait ditambah ,  6 tahun lalu
k (Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata)
 
Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.
 
Pada mulanya pemukul adalahmenggunakan sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. ‎ disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball.
 
Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.
Pengguna awanama