Pemacu Geneva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 14:
Satu aplikasi pemacu Geneva adalah dalam [[projektor filem]]: filem tidak bergerak secara berterusan menerusi projektor. Sebaliknya, filem dimarakan bingkai demi bingkai, setiap bingkai berada tetap di hadapan lensa selama 1/24 saat (dan terdedah dua kali pada masa itu lalu menyebabkan frekuensi 48 [[Hertz|Hz]]). Gerakan terputus-putus ini diperoleh menggunakan pemacu Geneva. (Projektor filem moden juga mungkin menggunakan mekanisme indeks yang dikawal secara elektronik atau [[motor stepper]], yang membolehkan filem fast-forwarding.) Pemacu Geneva pertama kali digunakan di dalam projektor filem pada tahun 1896 iaitu projektor [[Oskar Messter]] dan Max Gliewe serta ''Teatrograph'' [[Robert William Paul]]. Projektor terdahulu, termasuklah projektor [[Thomas Armat]] yang dipasarkan oleh [[Thomas Edison|Edison]] sebagai ''Vitascope'', menggunakan "mekanisme pemukul" yang dicipta oleh [[Georges Demenÿ]] pada tahun 1893, untuk memperoleh penghantaran filem terputus-putus.
 
Roda Geneva yang mempunyai bentuk roda dipacu juga digunakan di dalam [[jam]] mekanikal, bukan di dalam sebuah pemacu, tetapi lebih kepada menghadkan tegangan [[spring]]], dengan begitu ia hanya akan beroperasi dalam julat [[daya elastik]]nya hampir linear. Jika salah satu slot roda dipacu dikatub, bilangan putaran yang dapat dibuat roda pemacu akan terhad. Di dalam jam, roda "pemacu" adalah yang menggulung spring, dan roda Geneva yang beruji empat atau lime dan satu slot tertutup akan menghalang spring terlebih gulung. Ini yang dipanggil '''Geneva stop''' atau "Geneva stop work" adalah ciptaan tukang jam kurun ke-17 atau ke-18.
 
==Rujukan==